Mukhriz gigih belajar politik kebencian dari DAP

Pembangkang ni nampaknya masih belum berhenti mempolitikkan isu persempadanan semula. Kali ni Mukhriz pula yang cuba menuduh persempadanan semula tu hanya menguntungkan BN.

Bukan itu saja, anak kepada bekas Perdana Menteri yang kini mengkhianati rakyat Malaysia tu juga mendakwa protes yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu hanyalah sandiwara.

Mungkin, beliau sendiri yang bersandiwa dalam mempolitikkan isu ini. Sebelum ini DAP mula menentang isu persempadanan semula.

Tetapi kali ini Mukhriz pula mengikut jejak DAP mendakwa isu tersebut menguntungkan BN. Nampak sangat Mukhriz tu tak ada modal politik dan hanya mengikut cara politik pembangkang. Sebab tu isu ni dijadikan satu modal untuk menyerang BN.

Mukhriz sekarang ni tengah belajar untuk memahami politik kebencian melalui bapa kesayangannya. Sebelum ni Mukhriz berada didalam lingkungan politik Umno yang menolak politik kebencian, jadi dia tidak diajar untuk mempolitikkan semua isu dan mengamalkan politik kebencian seperti pembangkang.

Sekarang selepas keluar Umno, inilah masa yang sesuai untuk Mukhriz membuktikan dia juga berguna seperti bapanya ketika menentang seteru politik didalam Umno.

Didalam hal persempadanan semula ni, ianya sudah diterangkan beberapa kali oleh pihak SPR, tapi masih ada mangkuk hayun yang degil mengaitkan BN di dalam hal ini. Terdesak betul puak pembangkang untuk menghasut rakyat agar membenci BN nampaknya.

Leave a comment