DAP Penang tarik balik bantuan Sekolah Agama Rakyat!!

Kejam dan tidak berhati perut kerajaan DAP Pulau Pinang apabila tergamak menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di negeri itu selepas memutuskan hubungan dengan Pas dan menyingkirkan Pas dari gabungan parti pembangkang.

Ianya, seolah-olah kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini tidak pernah ikhlas memberi bantuan kepada SAR di negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurut Khairuddin, SAR selama ini telah mendapat bantuan tahunan dari kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu, tetapi selepas DAP memutuskan hubungan dengan Pas, mereka tidak lagi memberi bantuan kepada SAR milik ahli Pas.

“Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Beliau yang kecewa dengan tindakan kerajaan DAP itu mengingatkan DAP dan PKR di negeri itu agar tidak lupa diri apabila memperolehi sesuatu kuasa kerana sebelum mereka memperoleh kuasa, mereka pernah berjanji akan memberi keadilan yang sama rata kepada rakyat di negeri itu.

Namun, ianya hanyalah janji-janji manis DAP dan PKR sebelum berjaya menawan negeri itu.

Khairuddin berkata, kerajaan DAP sewajarnya memberikan hak sama rata tanpa melihat sentimen politik di negeri itu walaupun mereka tidak lagi sehaluan dalam parti pembangkang.

“Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka,” katanya. -Utaranews.com-