BN MENANG DI TELUK INTAN..-KEPUTUSAN TAK RASMI

Calon melayu Dap nampaknya mengalami kekalahan di Prk Teluk Intan dengan majoriti tipis.

Keputusan tak rasmi setakat ini menunjukkan BN mendahului calon melayu Dap bagi pilihanraya kecil tersebut..

DAP 19,919
BN 20,157
Undi Rosak 550

Advertisements

REMAJA TUNJUK ‘KEMALUAN’ DITEPI JALAN KERANA HUTANG PTPTN.

Nilah tahap mentaliti macai Pakatan Al Juburi.., pinjam pandai tapi bayarnya tak mahu.. Lain kali kalau tak mau bayar.., jangan lah pinjam ye..

Nampak sangat budak ni memalukan diri dia sendiri akibat dari terpengaruh dengan agenda politik bangang yang diterapkan oleh puak-puak atasan Pakatan..

Kalau awak tu belajar betul-betul dan berusaha dapat kelas pertama, tak perlulah susah-susah nak bayar beb.. Tapi  masa belajar tu main-main.., sibuk cari awek.., sibuk nak beli gadget mahal-mahal.. lepas tu bila dapat keputusan cukup makan.., sibuk nak salahkan kerajaan.. Puiii!!!

Semua ni poyo sebenarnya beb… Dah tahu diri tu tak berapa cerdik, jangan lah pulak nak malukan mak bapak dengan sertai demonstrasi bodoh macam tu.. Dah tak ada kemaluan sangat ke?

Patutnya kerja dulu pelan-pelan.. Gaji sikit pun tak apa asalkan mampu bayar hutang yang pinjam masa belajar dulu.. Gua pun relaks je jual nasik lemak dan jadi penjual ikan dulu.. Dan gua tak sibuk pun nak salahkan kerajaan dengan berdemonstrasi lah bagai…

Lagi satu.., bebudak sekarang ni memang memilih kerja sangat.. Sijil setakat cukup makan je tapi gaji nak beribu-ribu lemon.. Memang tak sedar diri sungguh!!!

Dah tu.., angan-angan tinggi nak pakai kereta hebat dan juga gatal merenyam nak menikah cepat.. Bila hutang keliling pinggang.., mulalah meroyan mengadu susah..

Last-last kerajaan jugak yang disalahkan bila diri dah tersepit.. Mentaliti macam ni lah yang amat disukai oleh puak-puak Al Juburi untuk dimanipulasi..

Apapun.., nasihat gua pada budak-budak macam dalam gambar diatas tu supaya berdikari sendiri sebelum nak salahkan sapa-sapa pun.. Hidup ni memang susah tambah-tambah kalau kita malas nak berusaha..

Yang paling senang.., salahkan je semua disekeliling kita.. Walhal diri sendiri yang mangkuk hayun!!

BILA DIKATAKAN UMPAMA "PELACUR", DORANG TAHU PULAK MARAH..

Sedih beb tengok muslimah Pas melolong-lolong ditepi jalan sambil menjunjung bendera komunis DAP di hari pengundian pilihanraya kecil Teluk Intan.. Nampak sangat muslimah Pas tu semua dipergunakan oleh DAP laknatullah untuk meraih undi melayu..

Heran betul kann…, bila Umno tak setuju dengan Hudud Pas, menyalak habis puak-puak Pas kafirkan ahli Umno sampaikan Wali dorang sanggup cakap Umno tak masuk syurga..

Tapi bila calon DAP di Teluk Intan tu terang-terang cakap tolak Hudud yang dicadangkan oleh Pas, menggedik pulak muslimah-muslimah Pas jadi “pelacur” ditepi jalan untuk meraih undi bagi calon berkenaan..

Dan bila kita kata dorang umpama “pelacur” sebab sanggup dipergunakan dalam muslihat politik DAP, meroyanlah cakap dorang tu sebenarnya suci lagi tulus.. Eiiiii…, suci lah sangat kannnn…

Itu tak apa lagi beb.., korang tengok sendiri lah perangai Ostad-ostad Pas termasuklah Mat Sabu yang sibuk berkempen untuk calon DAP ke hulu ke hilir sepanjang tempoh 12 hari ni.. Ni buktinya puak-puak munafik ni sanggup buang sekejap Hudud demi jaga hati kafir DAP.

Apa kita nak kata lagi kat puak-puak cakap tak serupa bikin ni melainkan senyum je lahh.. Nanti kala cakap lebih-lebih dorang kafirkan kita pulak kann… Kikikiki..

KERANA PAS, AKILL HAYY MEROYAN TAK DAPAT KELUAR TV.

Akhil Hayy mendakwa ada individu berkepentingan cuba menutup periuk nasinya sekaligus menyebabkan nama beliau ditolak mentah-mentah oleh stesen saluran TV berbayar, Astro. Lebih menyedihkan hal itu telah berlarutan selama empat tahun.

“Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie ‘Rock Sangkut’, terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut.

Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nam saya ditolak, luah Ustaz Akill Hayy ketika ditemui pada pelancaran single terbarunya ‘Andai Esok’, bertempat di Butik Pua Herritage, Amcorp Mall, semalam.

Sebelum ini Ustaz Akhil Hayy terkenal menerusi program seperti ‘Cafe Akhil Hayy’ dan program realiti islamik, ‘Cubaan’ yang disiarkan di saIah satu saluran di stesen TV berkenaan.

Tambah suami kepada penyanyi dan pelakon Wahida Abdul Wahab ini lagi, dia tidak kisah sekiranya penolakan dirinya itu mempunyai sebab atau punca yang logik. Sebaliknya tiada apa-apa alasan kenapa namanya digugurkan secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu kenapa? Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan. Tapi saya ada rujuk kepada pihak Astro dan mengikut sumber yang dipercayai, nama saya ditolak gara-gara seorang individu yang mempunyai kepentingan dalam stesen TV tersebut”, katanya dengan nada tegas.

Meskipun dia tidak lagi muncul di saluran TV tersebut, Akhil Hayy bagaimanapun berkata rezekinya tidak terjejas kerana dia masih lagi boleh menjalankan aktiviti dakwahnya seperti biasa sama ada di masjid dan juga surau.. Malah ada beberapa saluran TV lain yang menawarkannya untuk tampil dalam beberapa program.

Cuma apa yang dikesalkan ialah dia tidak tahu apa punca sebenar dirinya disingkirkan begitu sahaja.