TAKUTNYA BILA SAM KETOT CABAR UMNO.

Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Umno BN menyatakan pendirian berhubung isu 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Mesir.

Katanya, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian tegas di Parlimen berhubung isu itu sedangkan Umno dilihat masih berdiam diri.

“Saya cabar Umno menyatakan pendirian mereka. Di Parlimen kita sudah menyatakan pendirian yang tegas dan bersungguh-sungguh menentang kezaliman dalam kes membabitkan Ikhwanul Muslimin.

“Ini adalah perkara yang serius. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam isu di luar negara, seolah-olah membiarkan dan merelakan perkara tersebut berlaku, lemah dan lembik serta tidak berupaya untuk membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.

Shamsul yang juga penyandang Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kerajaan perlu mengambil pendirian atas dasar kemanusiaan sepertimana dilakukan masyarakat antarabangsa.

“Kita bimbang mereka lihat Malaysia hanya pandai bercakap tapi tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan negara-negara lain sibuk menyatakan pendirian mereka,” tegasnya.

Advertisements

TUN MAHATHIR KECEWA DENGAN POLIS MALAYSIA.

Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda.

“Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

“Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang di bawah pusat”. Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.

Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

“Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.

“Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh,” ujarnya.

Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.

“Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.

“Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak,” katanya sambil ketawa.

Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

HEBAT!!!!! SATELIT PAS BERJAYA KESAN PESAWAT MH370.

Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya. – SH