HAIRIE OTHMAN BOIKOT PRK DUN SUNGAI LIMAU SEBAB TAK DAPAT PROJEK.

Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.

Advertisements

PENGUNDI CINA DAPAT RM 2JUTA DI SG LIMAU. TAHNIAH MUHYIDIN.

Hari ini Utusan melaporkan Menteri Pelajaran, dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, meluluskan peruntukan kira-kira RM2 juta untuk SJKC.

Apakah wajar Muhyiddiun meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Apakah Tan Sri Muhyiddin dan Barisan Nasional tidak mengambil pengajaran dalam pilihan raya lalu bahawa peruntukan-peruntukan ini hanya mencurah air ke daun keladi.

Lebih baik RM 2 juta tersebut diberi “bantuan khas pendidikan” kepada pelajar miskin di sekitar DUN Sungai Limau. Mengapa kerajaan perlu terus menerus memberi bantuan kepada SJKC sedangkan banyak lagi sekolah kebangsaan yang berada dalam kedaaan tidak memuaskan?

SJKC Aik Min – RM1 juta

SJKC Peh Wah – RM50,000

SJKC Yok Meng – RM750,000

Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000.

Ucapan Muhyiddin:

PRK anggap ini amat bermakna bagi BN.

Kita mahu meletakkan calon kita, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Minta sokongan agar beliau boleh jadi wakil rakyat.

Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.

Calon ini boleh memudahkan rakyat antaranya membantu sekolah Cina sebanyak 3 buah tidak ada masalah.

Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan.

Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.

Dong Zhong hentam saya, kata saya mahu tutup sekolah Cina. Mana ada. Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.

SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.

Dong Zhong hentam kita, MCA, Gerakan macam kita tidak betul. Kita bantu semua tak ada masalah.

Kita kena tolong, orang Melayu pun miskin. Saya TPM mahu melihat Malaysia jadi maju. Kita kena bantu semua. – Utusan

TABUNG DERMA PAS BERSEPAH DI SUNGAI LIMAU.. #PRKSgLimau

Gua rasa korang pun dah sedia maklum.., Pas dengan kotak derma memang tak dapat dipisahkan.. Apatah lagi kalau ada ceramah atau program disatu-satu tempat yang melibatkan parti dorang..

Prk Dun Sg Limau ni pun tak terkecuali beb.. Hasil tinjauan gua, kotak derma Pas ni bukan lagi muncul time ceramah pemimpin dorang jee.., tapi kotak derma tu sekarang diletakkan di tepi-tepi jalan sepanjang kampung..

Sangap betul kann puak-puak Pas ni nak “menyamun” duit orang kampung.. Takkan puak-puak Pas ni tak tau yang orang-orang kampung di Sg Limau ni bukanlah dikalangan golongan mewah?

Lagi satu.., gua terfikir pasal kemampuan Pas untuk mentadbir kawasan kalau dorang menang disitu.. Duit pun takdak macam mana nak bawa kesenangan pada rakyat beb???

Kawasan menang pun dorang mintak derma.., kawasan kalah pun dorang sapu semacam jugak… Sengkek macam tu pun ada hati nak berjanji bulan bintang pada rakyat??? Puiiiii!!!! Buang karan betul la puak-puak kahak hijau tu!!!!