DAP sampai kiamat tetap anti negara Islam

Nampaknya cabaran YB Zulkifli Nordin di Parlimen lepas yang mahu Pengerusi Kebangsaan DAP,Karpal Singh menarik balik kata-katanya dahulu langkah mayat aku dulu sebelum nak tubuh negara Islam sekali lagi beliau mengulanginya semangat benci dan anti Islam tebal dalam dirinya bahawa Malaysia tidak boleh digelar sebagai negara Islam.

Malah beliau dan DAP mengulangi bahawa dalam hal ini DAP tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun walaupun parti Khawarij PAS sendiri iaitu kasta paling rendah dalam Pakatan .

PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai – sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. –malaysian insider

Ini merupakan isyarat jelas Big Brother dalam Pakatan iaitu DAP yang tetap berkeras menolak negara Islam yang dipejuangkan oleh PAS . Itu baru Karpal Singh yang cakap belum lagi Khalifah Lim Guan Eng dan Bapak dia Kit Siang yang lagi ekstrim menolak negara Islam .

Mimpi PAS yang yakin jika mereka dapat menawan Putrajaya dan meneruskan agenda negara Islam hanya lah mimpi di siang hari . Kalau nak tubuh negara Islam kena minta izin dahulu daripada Ustaz Karpal Singh !!

Advertisements

Nik Aziz kata 40 ulamak muda UMNO sekular dan MUNAFIK !!!

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik… saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah… tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Inikah orang yang layak dipanggil Tok Guru oleh sebilangan besar melayu/Islam dalam negara ini? Sepatutnya manusia seperti Nik Aziz ini di beri gelaran dajjal kecil kerana dia sanggup mengeluarkan apa sahaja kenyataan yang jelek kepada pihak lain yang tak bersetuju dengannya.

Orang seperti Nik Aziz inilah yang dimaksudkan dalam riwayat hadis tentang golongan awal ilmuan agama mengikut punggung Dajjal laknatullah apabila ia muncul pada akhir zaman.

Bagi Nik Aziz, tiada seorang pun di dalam negara ini layak digelar ulamak kecuali dirinya. Dia berasakan bahawa hanya dia satu-satunya orang yang tahu tentang Islam dan pandai membaca serta menafsir Quran dan hadis. Maka sebab itulah dia menjadi terlampau takabbur dan bongkak dengan apa yang dikurniakan Allah padanya.

Mungkin didalam hati Nik Aziz berasakan bahawa dia telah diangkat tarafnya setaraf dengan para wali terdahulu. Sebab itulah dia berani dan juga begitu lancar memaki hamun orang lain yang dirasakannya tak sependapat dengannya.

Nik Aziz sewenang-wenangnya memutarbelitkan dan menyalah tafsir Quran serta hadis bagi memuaskan nafsu politiknya sahaja. Tindakannya ini sering disokong oleh ahli-ahli PAS yang taksub dan mereka-mereka ini sudah pasti membenarkan apa sahaja yang keluar dari mulut longkang Tok Guru mereka itu.

Sebab itulah Nik Aziz berasa amat bangga apabila memaki hamun UMNO dan kerajaan. Dia berasa seoalah-olah menjadi hero didalam PAS. Tetapi dia lupa bahawa ahli PAS hanya berjumlah tak lebih dari 600 ribu orang. Kalau dicampur penyokong mungkin boleh mencecah sejuta.

Jangan lupa bahawa sudah pasti 3 juta ahli UMNO membenci dan menyumpah seranah Tok Guru PAS ini. Begitu juga penyokong-penyokong kerajaan serta rakyat negara yang berada di atas pagar. Lagi kuat Nik Aziz sebagai pemimpin yang membawa imej Islam mencarut dan memaki hamun individu lain, lagi menurunlah kepercayaan masyarakat kepadanya.

Jangan ingat Nik Aziz dan lebai-lebai PAS sahaja mampu membaca dan menterjemah ayat kitab Allah dan juga hadis. Putar belit Nik Aziz melacurkan ayat kitab kini tak laku lagi. Masyarakat melayu/Islam di dalam negara ini bukan jahil dan buta !

Akibat berpolitik suku, ulamak politik PAS jadi tiga suku !

Mengapa PAS begitu takut dan kecoh dengan berita kumpulan ulamak muda menyertai UMNO? Realitinya adalah kerana senario ini jelas menunjukkan bahawa PAS kini dilihat bukan lagi satu platform untuk berdakwah dan juga pentas bagi mengukuhkan Islam di negara ini.

Jika dulu PAS bermegah dengan kemampuan mereka menarik para alim ulamak dengan dakyah parti Islam mereka, kini kebanyakan golongan ulamak muda sudah tahu membezakan perkara yang sebenar tentang ideologi parti PAS.

Kumpulan 40 ulama yang menyertai UMNO minggu lalu hanya secebis kisah yang mendapat liputan meluas media. Tetapi hakikatnya, ramai dari gologan profesional muda negara lulusan bidang agama dari Timur Tengah telah mula condong menyokong dan menyertai UMNO.

Tindakan para ilmuan agama ini menyokong kerajaan adalah di atas beberapa sebab yang tak terlintas di pemikiran kita. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya negara-negara Arab, mereka terdedah dengan pelbagai konflik yang ada di persekitaran mereka.

Keadaan negara luar yang sering kacau bilau serta ekonomi dan kehidupan sosial yang tidak stabil, telah menjadi asas utama untuk gologan ulama profesional ini menyokong kerajaan apabila pulang kembali ke negara ini.

Mereka sebenarnya dapat melihat bagaimana kerajaan UMNO/BN berusaha menjamin keamanan dan juga kemakmuran negara disamping mengekalkan kesyumulan Islam didalam negara. Ini berbeza dengan PAS yang hanya melaung-laungkan ideologi penubuhan negara Islam juga hukum Hudud tetapi pelaksanaan ke arah itu langsung tak ada.

Ulamak-ulamak tua PAS lebih gemar berpolitik kosong sambil memutarbelitkan ayat quran serta hadis tanpa langsung ada sumbangan kepada masyarakat. Kononnya ulamak-ulamak PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang mahu mencontohi kepimpinan Nabi saw tapi apa yang mereka tunjukkan langsung tak mencapai satu peratus pun dari gaya kepimpinan baginda saw.

Inilah yang dinilai dan diperhatikan oleh para profesional muda dan juga golongan ulama muda ketika ini. Mereka tahu, jika sokongan diberi kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kemakmuran serta kestabilan sosio-ekonomi negara akan tergugat.

Visi PAS dan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim jelas lagi terang iaitu hanya mahu menggulingkan kerajaan sedia ada, bukannya untuk memakmurkan negara. Inilah yang cuba dihindarkan oleh golongan muda setelah mereka melihat dengan jelas corak permainan politik PAS dan Pakatan Rakyat selepas PRU12.

Kini, sama ada PAS ataupun Pakatan Rakyat, perlu menerima hakikat bahawa ulama muda yang kerajaan hantar melanjutkan pengajian di Mesir , Jordan ataupun negara lain di Timur Tengah, semuanya kini sudah dapat menilai parti mana yang dapat menegakkan Islam dan mampu mentadbir seiring dengan kehendak Islam.

Ulama PAS hanya mempolitikKan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja bersama Pakatan Rakyat. Ulamak tua PAS kini hendak bercakap mengenai negara Islam pun sudah takut kerana perlu minta pandangan kafir DAP.

Bagaimana PAS mahu memartabatkan Islam dan berjuang untuk Islam jika parti mereka kini hanya berkasta paling bawah (paria) didalam Pakatan Rakyat? Ulamak politik di dalam PAS kini telah menjadi tiga suku akibat dari permainan politik suku yang mereka amalkan.

30 Dasar Kerajaan Pembohong Rakyat



Perkayakan Rakyat dengan berkongsi kekayaan dan hasil
ekonomi demi mencapai keadilan dan sosial ekonomi

Perkuasakan Rakyat dengan hak-hak asasi ,kebebasan asas
dengan kebertangungjawaban serta menghormati kedaulatan
undang-undang

Perkasakan Rakyat dengan kepakaran , ilmu pengetahuan dan
pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada
semua lapisan masyarakat bagi menjana kemakmuran rakyat

MISI 3P SEBENAR KERAJAAAN GUAN ENG ADALAH

PELINGKUP RAKYAT

PEMBOHONG RAKYAT

PENINDAS RAKYAT

p/s: Kami amat berbesar hati dan juga menghargai kesediaan blogger Otai Pejuang Bangsa untuk bersama-sama membantu menyumbangkan artikel di blog UMPP ini. Kecil tapak tangan, Nyiru kami tadahkan. Terima kasih daun keladi dari UMPP.