Guan Eng takkan terlepas dari tindakan undang -undang.

30 JUN 2016 – Tindakan undang-undang  di Malaysia tidak akan memudahkan pesalah terlepas, siasatan terperinci dan bukti yang kukuh akan dinilai. Termasuklah kes yang menimpa Guan Eng,  yang menjadi kontroversi selepas membeli sebuah banglo dengan harga yang terlanjak murah.

Kini Guan Eng kena la jawab semua spekulasi terhadap dirinya di mahkamah, dari situ baru rakyat dapat nilai siapa sebenarnya Guan Eng , dan muslihat yang dia buat selama ni mungkin juga akan terbongkar semasa siatan ni dijalankan.

Namun, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak supaya tidak menhukum terlalu awal dan membuat tuduhan yang melampau, kerana hal ni masih berada didalam siasatan yang belum diketahui hujung pangkalnya.

“Siapa pun yang bersalah tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan isu pembelian banglo tetapi kita tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukuman.” katanya

Walaupun, selepas ditahan ramai aggota DAP yang meroyan dengan tindakan tersebut, tapi ia sama sekali tidak membantu kerana jika Guan Eng didapati bersalah sudah tentu dia tidak akan terlepas, sebab undang-undang tak akan memilih bulu untuk menjatuhkan sebarang hukuman.

Mungkin puak pembangkang perlu bersiapa sedia dengan sebarang kemungkinan, kalau mereka benar-benar pasti Guan Eng tidak bersalah, mereka tidak perlu takut untuk menunggu keputusan akhir mahkamah nanti. Lagipun sudah terlalu lama kes rasuah dan banglo tersebut dibatukan.

Mungkin, kali ini Guan Eng akan mendapat ganjaran yang setimpal sekiranya tuduhan keatas dirinya adalah sah, mungkin pembangkang pula tidak akan berhenti untuk menyalahkan kerajaan.

Tapi seharusnya semua pihak perlu menunggu keputusan siasatan ni, sebab sesiapa pun tidak akan terlepas dari ikatan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Pemimpin DAP mengaku PAN banyak kelemahan.


30 Jun 2016 – Akhirnya, parti dalam Pakatan Harapan mengaku pun bahawa parti bongsu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) yang menggantikan Pas dalam gabungan pembangkang itu sememangnya mempunyai banyak kelemahan.

Dah berbuih dah duk bagitau yang PAN tu memang banyak kelemahan dia… Bukan kuat pun… Kuat bersuara jer ahli dan pemimpin PAN ni…. Tapi habuk pun takda… Tak boleh pakai langsung…. Hahaha.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu forum mengakui bahawa PAN merupakan parti yang baru ditubuhkan mempunyai banyak kelemahan sehingga menyebabkan kekalahan dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Oleh demikian, Anthony merasakan PAN yang sering dipersalahkan ekoran kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil adalah satu tindakan yang tidak adil memandangkan PAN merupakan sebuah parti baharu yang ditubuhkan dan umurnya tidak sampai setahun lagi.

“Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang. Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili Amanah yang baru setahun ditubuhkan,” kata Anthony.

Amboi Anthony… Dah mengaku tu kira dah ok… Tapi siap backup tu yang tak tahan… Tahu laa PAN tu parti adik DAP… Tapi tak payahlah nak ‘backup’ sangat… Nampak sangat kot!!

Kita rasa tertarik dan nak tergelak dengan kenyataan Anthony iaitu, ‘kelemahan PAN boleh diatasi dengan kerjasama’ dari DAP dan PKR yang merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

DAP dan PKR pun terkial-kial nak atasi kelemahan diri… Ada hati nak mengatasi kelemahan PAN bersama-sama… Phuiii!!! Terus terang jelaa DAP dan PKR tak harapkan PAN… PAN perlukan korang untuk berdikari… Kalau korang takda, PAN tak boleh nak berdikari sendiri… Silap haribulan, PAN hanya tinggal nama jer… Hahaha

Pemuda UMNO Kedah cabar Muhkriz dan Mahathir buat parti baru

30 JUN 2016 – Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dah mencabar bekas Menteri Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah dipecat dari parti pada minggu lalu, supaya menubuhkan sebuah parti baru untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Amacam?? Berani ke Mukhriz nak tubuhkan parti baru bersama bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin…. Kompom tak berani punya dorang ni nak tubuhkan parti baharu.

Mukhriz, Mahathir dan Muhyiddin yang digelar kumpulan 3M ni, bukannya berani ambil langkah macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu… 3M ni cuma tahu tumpang populariti parti pembangkang jer… Sebab tu tak berani nak tubuhkan parti baharu.

Menurut Shaiful, Mukhriz perlu membuktikan bahawa dirinya mempunyai populariti sendiri tanpa mengharap bantuan jentera Umno/Barisan Nasional, mahupun jentera Pakatan Harapan.

Perkara ini juga dapat membuktikan desas-desus yang mengatakan Barisan Nasional berjaya merampas kembali Kedah dari Pas pada PRU lalu adalah hasil populariti Mukhriz dan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bagi Pemuda Kedah, ini peluang terbaik Mukhriz membuktikan teori tersebut secara praktikal. Kita amat yakin dan percaya, kemenangan Barisan Nasional Kedah pada PRU yang lalu adalah disebabkan gerak kerja Barisan Nasional dan Umno negeri yang penuh persefahaman di samping komitmen tinggi dan kerja kuat segenap jentera dan ahli parti

“Oleh  yang demikian, adalah tidak adil untuk mengatakan Mukhriz adalah faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Kedah pada tahun 2013,” kata Shaiful.

Pasal kemenangan Barisan Nasional di Kedah tu…. Dah tak larat dah cakap… Dah berbuih dah mulut bagitau yang pro Mukhriz dan Mahathir ni perasan jer… Padahal kemenangan tu hasil usaha jentera Barisan Nasional/Umno.

Kalau tak percaya juga tak apa…. Suruh 3M ni tubuhkan parti baru sebelum PRU akan datang dan bertanding di Kedah pada PRU akan datang… Kita tengok betul ke tak desas-desus sebelum ni.

Persoalannya.., berani ke Boboi tu nak buat? Tak pun berani ke bapak dia nak tubuhkan parti baru? Nak harap Muhyiddin.., pakai masuk angin keluar asap laaa…

Pembangkang makin ketandusan pemimpin

30 Jun 2016 – Macam-macam perangai yang tak senonoh pembangkang ni buat.. Rasanya, memang dah jadi satu tabiat. Macam isu pemecatan TS Muhyiddin dan DS Mukhriz pembangkang sambut hebat sampai pelawa 2M ni untuk bersama-sama parti mereka.

Nampak sangat pembangkang ni dah ketandusan pemimpin, saki baki yang Umno dah buang pun masih lagi nak kutip untuk dipuja sebagai pemimpin. Mungkin dah tak ada calon yang layak di kalangan mereka, jadi masa ni yang paling sesuai untuk memancing bekas pemimpin Umno.

Dulu bukan main lagi pembangkang menghina dan mencaci, pemimpin Umno yang masih kekal dalam parti. Bila ada yang sudah ditendang macam 2M tu mula la pembagkang ni puji kononnya nak bagi dedak supaya duduk bersama pembangkang untuk menentang Umno/BN.

“Perkara ini bukan baru, malah dah berlaku beberapa kali. Sebelum ini, berbagai-bagai kata nista, maki hamun dan gelaran yang diberikan pembangkang kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam kerajaan, namun sebaik sahaja disingkirkan dari UMNO pada tahun 1998, Anwarlah yang diangkat sebagai hero pembangkang “, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ni la perangai tak malu pembangkang, bila ada pemimpin dari Umno yang keluar mula masuk jarum, merayu untuk bersama mereka. Mungkin pembangkang ingat bila ada pemimpin daripada Umno , mereka ada kekuatan yang baru untuk menjatuhkan Umno.

Perkara ni sama sekali tidak mengejutkan, sebab memang semua pemimpin bekas Umno akan diangkat menjadi ketua yang terhormat bagi pembangkang. Macam Tun M sudah dianggap tuan besar di dalam Pakatan Harapan.

Mungkin juga, 2M tu tidak terkecuali menjadi mangsa pembangkang yang seterusnya, kerana pembangkang dilihat jelas ketandusan pemimpin. Tambahan lagi, menjelang PRU14 makin rancak la pembangkang menagih mana-mana bekas pemimpin untuk bekerjasama.