ANWAR NAK MALAYSIA ‘PERANG’ DENGAN RUSSIA.

Anwar Ibrahim menyelar tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi malang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.

Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17.

“Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.

“Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia,” kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ‎terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.

Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.

Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.

Kumpulan pencari dan bantuan penyelamat juga pada mulanya tidak diberikan kerjasama di lokasi terhempas, malah kawasan tersebut dikawal oleh kumpulan pemisah di situ.

Anwar bagaimanapun menggesa ketegasan Putrajaya, khususnya dalam isu melibatkan kepentingan negara dalam tragedi MH17.

“Tentunya kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tidak ada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.

“Jadi harus ada sikap lebih tegas,” katanya.

Advertisements

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA HANYA UNTUK MELAYU.., BUKAN CINA!

Umno didesak supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Mohd Rafii yang sekali lagi menunjukkan sikap perkaumannya selepas mengarahkan Yuki Tan Poh See, isteri kepada Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik, untuk “balik Tongsan (Cina).”

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan pimpinan Umno menjadi semakin berani untuk mengeluarkan kenyataan menyinggung dan berbau perkauman seumpama itu.

Melalui laman twitter pagi tadi, Razlan mendesak Kian Ming agar meminta Tan balik ‘Tongsan’ kerana memalukan negara.

Ia berikutan kenyataan Tan di laman Facebooknya bahawa “Malaysia adalah negara tidak berguna,” kerana sekali lagi ditimpa musibah dengan terhempasnya pesawat MH17.

Tan bagaimanapun telah meminta maaf berhubung keterlanjurannya itu dan berkata tidak berniat untuk menyinggung rakyat Malaysia.

“Yuki Tan, isteri kepada Ahli Parlimen Tanjong, telah pun memohon maaf atas kenyataannya. (Namun) malangnya, Umno dan Pemuda Umno tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu mereka. Tindakan mengarahkan seorang rakyat untuk meninggalkan tanahairnya adalah satu penghinaan, dan sangat menyinggung perasaan.

“Lebih menyakitkan apabila ia dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno yang mewakili Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyamakan kenyataan Razlan itu dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail pada tahun 2008 yang menyifatkan orang Cina dan India sebagai ‘pendatang’.

p/s: Best jadi cina dalam negara ni kann… Kutuk lah macam manapun akan terlepas dari sebarang tindakan sebab dah mintak maaf.. Kalau melayu yang buat.., dah confirm masuk ke ‘dalam’…

AKTA HASUTAN TAK PERLU DIHAPUSKAN DEMI ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTERA.

Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus.

“Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.

“Apabila akta hasutan ini dimansuhkan, ia dilihat sebagai kemenangan mereka,” katanya ketika membentang kertas kerja pada sesi bertajuk Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Nasional dalam Wacana Islam dan Cabaran Semasa di sini pada Isnin.

Abdul Hamid berkata usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada.

“Kita bukan mahu meminggirkan atau menidakkan hak bangsa lain, tetapi kita hanya mahukan perlembagaan dipertahankan dan segala yang telah dipersetujui dikekalkan,” katanya.

Abdul Hamid berkata dalam keadaan sekarang, pemimpin Melayu dan Islam tidak kira daripada parti mana harus bersatu dalam mempertahankan agama, kepentingan Melayu dan pertahankan perlembagaan Malaysia sedia ada.

“Kita kena kuatkan kerajan persekutuan, PAS, patut bekerjasama dengan Umno dan BN di peringkat pusat.

“Saya membuat seruan ini kerana percaya bahawa dalam keadaan sekarang pada hemat saya itu saja cara pertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam,” tegasnya.

ANWAR TAK TIDUR 2 HARI FIKIR TRAGEDI MH17.

Perdana Menteri Malaysia hari ini mengakui tidak berpeluang melelapkan matanya sejak terjadinya nahas MH17 di Ukraine pada Khamis lalu kerana sibuk menghubungi pemimpin negara lain.

Katanya, beliau sibuk berusaha mendesak pemimpin dunia supaya tidak membiarkan penjenayah terlepas tanpa dikenakan hukuman berat dan supaya mayat mangsa dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.

“Kita hendak sebelum Raya ini, mangsa itu dapat dibawa keluar. Dan mereka yang sudah dikenalpasti indentitinya, kerajaan Malaysia akan membawa mereka pulang ke tanah air dan boleh disemadi di bumi Malaysia,” ujar Najib.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di Cheras semalam, Najib berkata sebagai pemimpin negara beliau juga gagal mengawal emosinya apabila bertemu dengan keluarga mangsa di Hotel Marriott Putrajaya sebelum itu.

Katanya, keluarga terbabit menjadi mangsa pertembungan geo-politik tahap tinggi yang tidak boleh diselesaikan melalui rundingan aman.

“Akhirnya siapa jadi mangsa? Bayangkan perasaan mereka. Sudah tentu mereka alami satu kehilangan yang tidak ada ayat yang boleh gambarkan sedihnya, hancurnya perasaan mereka apabila terpaksa melalui pengalaman sebegitu,” katanya.

p/s : Tajuk diatas tu hanya mimpi semata-mata… Hahahaha….