GUAN ENG BANTAH KEDAH BINA AIRPORT BARU.. DENGKI LA TUUU!!!

Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang kedua di Kedah tidak sesuai dari segi ekonomi atau mempunyai justifikasi, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau berkata cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim menimbulkan banyak persoalan memandangkan lokasinya begitu hampir dengan Pulau Pinang.

“erlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI,” katanya ketika mengulas cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim, di sini pada Jumaat.

Lim berkata Pulau Pinang juga mempunyai hubungan dan rangkaian antarabangsa.

Pada masa ini terdapat dua lapangan terbang di Kedah iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. – Bernama.

p/s: Apa kejadahnya apek kiasu ni sibuk negeri lain nak buat airport?? Dengki sungguh perangai cina komunis sekor ni kann..

Advertisements

POKOK KURMA BERBUAH DI KOTA BHARU SEMPENA SAMBUT RAMADHAN.

Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat. Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak. Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.

“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah. Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.

AWAS!!! SOTO AYAM PERISA KAKI BABI DI RESTORAN.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).

2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak “tulang yang agak meragukan” dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana “keping-kepingan daging” sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).

4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, “INI KAKI BABI LEH!!!”

5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.

6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran “Non Halal Food” kpd pelanggan.

sumber – Facebook

NIK AZIZ UCAP TAKZIAH DAN SEDIH OSTAZAH ABBY BERCERAI.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesedihan di atas berita perceraian Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Ketika menghubungi Abby pagi tadi di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menasihati Abby supaya bersabar ketika menghadapi dugaan hidup apatah lagi setelah menyertai jemaah Islam.

Beliau menghubungi Abby sejurus setelah membaca berita berkenaan perceraian Abby dan suaminya di akhbar, hari ini.

Tuan Guru ketika ditemui Harakahdaily mengakui turut berdukacita di atas perceraian kali kedua artis itu.

“Sewaktu majlis perkahwinannya sebelum ini saya sudah merasa sedih kerana tidak dapat hadir, hari ini saya merasa sedih kerana beliau telah bercerai,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap Abby Abadi bersabar dengan ujian hidup yang ditempuhinya dengan berserah kepada Allah.

Tuan Guru Nik Aziz berdoa semoga Abby tabah dalam menghadapi ujian hidup.

“Sebagai seorang yang telah bersama jemaah Islam, saya berharap semoga dia tabah dan biarlah ujian itu membuatkan dia semakin tabah,”ujarnya.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 disahkan bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.