Akhbar Pro DAP mula serang Adun PKR di Permatang Pauh.


29 July 2016 – Gara-gara tidak mengikut kehendak untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang, DAP telah melancarkan serangan terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Pulau Pinang…. Lebih mengecewakan lagi, DAP telah melancarkan serangan terhadap Adun PKR di bawah Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin, DAP melakukan serangan terhadap Adun PKR dengan menggunakan akhbar pro DAP iaitu Nanyang dengan mengeluarkan karikatur mengatakan 3 Adun PKR gagal sebagai wakil rakyat.

Kurang ajar betul DAP ni…. Orang dah tak sokong cadangan tu…. Boleh pula nak buat serangan jahat… Gunakan akhbar Cina pula tu untuk lakukan serangan terhadap wakil rakyat PKR…. Dasar pengecut betul!!

Norlela menjelaskan, karikatur dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai lalu mengatakan 3 kerusi PKR ini berisiko tinggi kerana Adun-Adun PKR tidak layak menjadi wakil rakyat dan dikategori sebagai gagal.

“Cartoon dalam suratkhabar Nanyang pada 25 July 2016 mengatakan 3 kawasan Dun berisiko tinggi jika ada pilihan raya negeri adalah Dun seberang jaya, Dun YB Dr Afif- perkhidamatan kurang memuaskan, Bukit Tengah YB Ong Chin Wen- masalah kampung pekerja asing dan Dun Penanti YB Dr Norlela- gagal menjalankan tugas dengan baik,” tulis Norlela yang dipetik di laman Facebook miliknya.

Biasalah tu… DAP kalau bab nak kata kat orang memang nombor 1… Dorang je wakil rakyat yang paling ‘terbaik’ untuk rakyat di negara ini…. DAP saja yang menjalankan tugas dengan baik… Sebab menjalankan tugas dengan baik, tu yang Ketua Menteri kena heret ke mahkamah…. Kalau tak jalankan tugas dengan baik, takdanya nak kena heret ke mahkamah… Hahaha.

Dah terang depan mata DAP guna jalan jahat untuk jatuhkan wakil rakyat PKR… Takkan PKR masih nak jalinkan kerjasama dengan DAP?? Lebih baik putuskan saja kerjasama dengan DAP ni…. Takda keuntungan pun buat PKR… Baik PKR tumpukan kerjasama dengan Pas.. Ada juga faedah!!

Advertisements

Guan Eng berkeras mahu adakan Pilihanraya Negeri tahun ini juga..


29 July 2016 – Walaupun keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri tidak direstui oleh rakan sekutu PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan tetap akan mengadakan pilihan raya tersebut pada tahun ini juga.

Menurut Guan Eng, beliau tidak dapat memberi masa yang lama kepada PKR untuk menyokong cadangan DAP mengadakan pilihan raya kerana DAP tidak akan tunggu sehingga tahun depan.

Jelas Guan Eng, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tahun ini dan tidak wajar ditangguhkan kerana tahun ini merupakan ‘tempoh munasabah’ untuk diadakan pilihan raya.

Aik… pelik semacam je Guan Eng… Kenapa tak boleh nak tunggu tahun depan atau dua tahun lagi nak adakan pilihan raya…. Guan Eng dah tengok ramalan dekat Teresa Kok yang kata munasabah untuk adakan pilihan raya pada tahun ini juga ke?? Sebab setahu Andy, pakar tengok ramalan-ramalan ni Teresa Kok sorang.

Alaa… Takkan korang tak tahu cerita pasal Teresa Kok buat ramalan pasal rumah banglo mewah Guan Eng tu… Kan Teresa Kok buat ramalan kata banglo Guan Eng dijual dengan harga murah sebab ada ‘Fengshui’  yang tak baik… Jadi, dalam kes pilihan raya ni, mesti Teresa Kok pun akan buat ramalan bagi memastikan DAP terus  kekal mentadbir Pulau Pinang… Betul tak??

Macam ni jelah…. Kalau Guan Eng nak buat juga pilihan raya tu… Guan Eng teruskan saja niat tu… Tak payah nak tunggu keputusan PKR untuk sokong cadangan bodoh DAP ni… Sebab PKR takkan sokong cadangan ni.

PKR pun tahu… DAP nak adakan pilihan raya ni sebab nak pertahankan kedudukan Guan Eng dan DAP sebagai ketua menteri di negeri itu…. Lagipun, PKR pun tahu kedudukan parti mereka juga bahaya kalau sesuka hati sokong cadangan DAP ni!

Rafizi bakal anjur forum dedahkan skandal Azmin..


29 July 2016 – Betul ke PKR akan adakan forum untuk dedahkan skandal RM400 juta DS Azmin,..? Kononnya setiausaha agung PKR sendiri yang akan menganjurkan forum tersebut. Sapa lagi kalau Rafizi yang memang tidak puas hati dengan cara Azmin memerintah kerajaan Selangor.. Ada saja masalah yang nak dibangkitkannya.

Kali ini, kononnya akan ada satu pendedahan salah laku Azmin pulak.. Sejauh mana kebenaran tentang forum tersebut masih lagi belum terjawab, kerana Rafizi dikatakan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk penafian berhubung forum bertajuk ‘skandal RM400 juta Azmin Ali “.

Khabarnya, kain rentang mengenai penganjuran forum tersebut sudah dipasang bagi menarik perhatian rakyat terhadap forum berkenaan. Kain rentang tersebut sudah dipasang di sekitar Shah Alam dan juga Lembah Klang.

Dijangka forum pendedahan skandal Azmin berkenaan akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada Sabtu jam 9 malam.

Tambahan lagi, kain rentang tersebut kononnya sudah jelas terdapat gambar Rafizi. Boleh jadi, forum tersebut memang dianjurkan olehnya. Sebab tu, sampai sekarang Rafizi masih membatu mengenai desas-desus forum tersebut. Kalau dia tidak terlibat, mungkin jawapan balas daripada pihaknya sudah diterima mengenai isu ini.

Mungkin juga, Rafizi kecut perut dengan tindakan yang bakal dikenakan keatasnya sekiranya hal ini telah sampai kepada Azmin. Namun, sebagai ahli panel bagi forum tersebut sudah jelas Rafizi tidak sebulu dengan Azmin. Walaupun bukan Rafizi yang menjadi kepala penganjur, tapi dia terlibat secara langsung di dalam program tersebut.

Masalah dalaman PKR juga sudah dapat dihidu sekiranya forum tersebut dilakukan. Selain daripada Rafizi, terdapat dua individu lain yang mungkin menjadi panel di dalam forum tersebut.

Antaranya ialah Pengarah Eksekutif C4 Centre, Cynthia Gabriel dan Pengarah Eksekutif National Oversight &  Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Namun begitu, kedua-dua ahli panel tersebut sudah mengeluarkan kenyataan yang mereka tiada kaitan dalam forum berkenaan yang kononnya diadakan bagi tujuan mendedahkan salah laku Azmin. Mereka juga turut mengecam kewujudan kain rentang yang terpampang jelas wajah kedua-duanya.

“NOW dan C4 tidak terlibat sama sekali dengan ‘forum pendedahan’ itu. Malah, kami tidak tahu menahu kewujudannya,” tegas mereka.

Namun, Rafizi masih gagal untuk memberi jawapan dan masih gagal dihubungi bagi mendapat pencerahan berkenaan isu forum pendedahan skandal tersebut. Agaknya, apa motif sebenar Rafizi? Kain rentang sudah digantung tapi semua pihak masih buntu mengenai kebenaran isu ini.

DAP dakwa PKR langsung tak kenang budi dan jasa Guan Eng.

29 July 2016 – Memang tak dapat diselindungkan lagi perangai tak senonoh dan kurang ajar parti DAPig ni… nampak sangat apa yang dorang tolong parti sekutu dorang selama ini tidak ikhlas dan hanya mengharapkan balasan semata-mata! Tolong tapi mengharapkan pembalasan…, baik korang tak payah tolong dari awal.

Kebiadapan DAP semakin terserlah apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk tidak mahu bersubahat menyelamatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada dua pertuduhan rasuah.

Mana taknya, PKR mengambil keputusan untuk tidak mahu menyokong cadangan pilihanraya negeri yang diilhamkan DAP untuk selamatkan Guan Eng.

Apa lagi marah la puak rejim paling kejam DAP tu… selama ini katanya dorang kerap membantu PKR dalam menangani pelbagai kemelut tapi pada akhirnya PKR mengkhianati mereka apabila ketua mereka dilanda musibah….

Ehhhhh pertolongan apa sangat yang DAP beri pada PKR sampai dorang  mengharapkan balasan selamatkan Guan Eng?? Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dorang tak tolong bebaskan… tapi mengharapkan pula PKR tolong dorang untuk ‘bebaskan’ Guan Eng dari dihumban ke penjara.

Bila PKR pilih untuk tidak mahu bekerjasama…, boleh pulak DAP kata yang PKR ni langsung tak kenang budi.

Pengerusi DAP Selangor,  Tony Pua tak puas hati bila PKR buat keputusan tak mahu bantu DAP… apa lagi Tony ungkit habis la segala ‘kebaikan’ yang pernah dilakukan terhadap PKR! Amboiiii mengungkit bebbb dorang ni… dasar tolong tak ikhlas!! Kononnya PKR lupa pada ‘jasa-jasa’ DAP yang ditaburkan pada mereka.

“Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

“Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

“Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami,” kata Tony.

Walaupun Tony tak mention nama ‘sahabat’ mereka tu tapi memang jelas la yang si Tony tu perli PKR…

Sapa suruh ketua korang cari pasal… Guan Eng sendiri yang dok hidup kaya raya dengan hasil duit rasuahnya tu.., tapi bila dapat masalah pandai pulak Guan Eng nak lempar pada PKR. Hah… mana mahunya PKR tolong… sendiri cari masalah sendiri la yang selesaikan.

Mungkin Tony sengaja nak cari pasal dengan PKR kot sebab tu dia kata macam tu… Tuduh yang dorang tu tak kenang budi sebab DAP dah terdesak sangat untuk dapatkan bantuan.