Pok Nik dah tahu calon PAS kalah di #prkpengkalankubor

Nampak sangat terdesaknya Pas di Prk Pengkalan Kubor sampaikan Nik Aziz terpaksa rayu orang Umno supaya undi calon Pas… Kalau betul-betul Pas yakin boleh menang macam yang dorang canang sebelum ni.., kenapa perlu sampai Nik Aziz kena merayu?

Sebelum ni bukan main gah lagi wakil Pas di Kelantan kata calon dorang akan menang dan tumbangkan Umno.. Tapi bila pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai kekurangan calon dorang, dah pulak Nik Aziz terpaksa backup..

Pas Kelantan sepatutnya kesian la kat Nik Aziz yang dah tua tu.. Tak payah lagi nak susahkan Mursyidul Am Pas tu suruh berpolitik.. Bagi la ruang untuk Nik Aziz main dengan cucu di rumah selepas sekian lama berpolitik bagai nak rak..

Harapnya.., lepas ni kalau calon Pas kalah di Pengkalan Kubor tu.., jangan lah pulak ada tuduhan Umno pakai pengundi bangla atau SPR sabotaj Pas ye.. Pas kenalah mula belajar macam mana nak redha dalam perjuangan..

Jangan asyik nak menuduh je kerjanya.. Malu sama kat budak-budak muda yang baru nak belajar berpolitik…

Selanjutnya DISINI…

Apalah dosa dorang nii… Nak kencing pun salah ke??

Kalau dah orang tak suka tu kan.., buatlah kenyataan macam mana pun tetap nampak yang orang tak suka sangat.. Sama lah macam kes Mat Sabu yang kena boikot dengan Perwakilan Pemuda Pas masa dia tengah berucap tu..

Sebelum ni Mat Sabu bagi alasan kononnya perwakilan Pemuda keluar dewan sebab nak terkencing dan nak pergi sembahyang.. Tapi ramai tahu semua tu keluar sebab tak suka kat Mat Sabu..

Hari ni sorang lagi geng liberal dalam Pas buat kenyataan nak backup Mat Sabu yang teruk kena perli semalam.. Tuan Ibrahim kata perwakilan keluar dewan adalah perkara biasa sebab dorang lebih utamakan sembahyang asar..

Pasal vest yang kumpulan perwakilan pakai yang bertulis sokongan kepada Presiden Hadi Awang, Tuan Ibrahim pun kata tu adalah perkara biasa kononnya nak tunjuk sokongan..

Malangnya.., tak ada pulak yang pakai vest sokong Mat Sabu ye.. Patutnya Mat Sabu kena keluar duit lebih sikit untuk beli vest kat penyokong dia masa muktamar tu.. Masalahnya sekarang.., ada ke yang nak sokong Mat Sabu…?

Baca seterusnya DISINI..

Rupanya inilah dua ekor macai Nuar dalam Pas…. Hensem jugak ye..

Ramai yang anggap perbuatan dua Adun Pas inilah yang merosakkan Pas dan juga membuka ruang untuk geng DAP dan PKR membelasah Hadi Awang. Disebabkan dua Adun pengkhianat ni lah imej Presiden Pas dan juga parti Islam tu jatuh..

Ingat lagi tak.., bila Pas melalui Majlis Ulamak keluarkan kenyataan tak sokong Wan Azizah.., tapi dua Adun ni tetap menyokong penuh bini Anwar Ibrahim tu.. Apa agenda sebenar dorang berdua? Adakah dapat “imbuhan” dari Anwar? Ataupun dijanjikan sesuatu oleh kem Wan Azizah?

Yang sebenarnya, dua Adun ni jelas membuktikan yang dorang adalah orang Anwar didalam Pas.. Nama je ahli Pas tapi hati tetap walak pada Anwar Ibrahim dan DAP..

Elok buang je dua Adun ni dari Pas.. Lepas tu berani cakap la yang dorang akan terus join PKR atau DAP tak sampai seminggu keluar parti.. Persoalannya.., Dewan Ulama Pas Pusat berani ke buang dua Adun pengkhianat tu?

Baca seterusnya DISINI…

POK NIK FATWAKAN UMNO SESATKAN UMAT MELAYU..

Nik Aziz datang lagi dengan fatwa terbaru beliau mengenai Umno.. Kalau dulu Nik Aziz pernah kata sembahyang orang Umno tak diterima kerana tolak Islam, sekarang ni Nik Aziz kata Umno jauhkan umat Islam dari agama pulak..

Tak tahu lah apa motif Nik Aziz kata sedemikian.. Mungkin kerana nak menang pilihanraya kecil Pengkalan Kubor gamaknya kot..

Tapi kepada sesiapa yang selalu ikut perkembangan politik Nik Aziz, dah tentu sedia maklum dengan perangai pemimpin veteran Pas ni.. Nik Aziz selalu je akan buat kontroversi bila ada sesuatu peristiwa besar macam pilihanraya kecil ni..

Nik Aziz memang pandai cari publisiti murahan dan mencari pengaruh dikalangan pengikut taksub Pas.. Modalnya cuma satu iaitu Umno.. Lagi kuat Nik Aziz kutuk Umno.., lagi sayanglah pengikut Pas kepada beliau.. Begitulah adanya….

Baca seterusnya di SINI…