ABBY KANTOI FITNAH ANAK SENDIRI DEMI ANWAR IBRAHIM.

Umum tahu tidak lama lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56. Justeru itu, pasti ramai yang sudah sedia maklum apakah erti sebenar kemerdekaan dan mengapakah rakyat Malaysia menyambut 31 Ogos pada setiap tahun.

Namun begitu, menerusi laman sosial milik Abby Abadi, bekas pelakon drama Gerak Khas tersebut dilihat telah memuat naik sebuah status yang dirasakan tidak wajar, di mana anaknya, Dania telah mempersoalkan adakah Hari Kemerdekaan sama seperti Hari Umno mahupun Barisan Nasional?

Susulan daripada status tersebut, Abby telah dikritik hebat oleh segelintir pengikutnya di laman sosial, sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dia dan anaknya itu. – PA

100 RIBU PENYOKONG DAP AKAN BUAT DEMONSTRASI BANTAH TANDA PUTERA DI PENANG?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Ahmad Sabery Cheek mengesahkan filem patriotik TANDA PUTERA akan ditayangkan diseluruh pawagam di Pulau Pinang mulai esok biarpun ditentang oleh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri DAP.

Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

Namun Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

“Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru – NASIHAT bukan ARAHAN,” kata Shabery.

Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

AWAS!!! GENG 04 MULA "SERANG" SEKOLAH

Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.

“Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di Ipoh kelmarin.

Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.

“Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian,” katanya. – Bernama

GAMBAR NEELOFA HAMIL ANAK LUAR NIKAH TERSEBAR..

Panas beb!! Betul ke artis pujaan ramai jejaka Malaya ni hamil anak luar nikah? Dah kecoh dalam laman sosial bahawa artis cun ni mengandung.. Gossip ni dikuatkan lagi dengan tersebarnya sekeping gambar artis tersebut dengan perut seakan orang sedang hamil..

Yang sebenarnya.., jangan terkejut kalau Neelofa tu memang mengandung.., tapi tu cuma sebahagian dari watak sebuah filem yang bertajuk Pilot Cafe..

Dalam filem adaptasi dari novel popular Ahadiat Akashah tu, jantan yang bertanggung jawab hamilkan Neelofa adalah si Fahrin Ahmad..

Dan dikatakan filem tu mampu menandingi kehebatan Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz yang ngetop satu ketika dulu..

Apapun.., korang tunggu je lah filem tu nanti yang dijangka keluar di pawagam tahun depan ye.. Sokong lah filem melayu tempatan.., bukan filem terbitan Namewee cinabeng tu tau..