WOW!! Video Fida menari SEKSI berbaju ketat…

Perghhh…, tak sangka Fida ni pandai menari jugak yee.. Dulu gua ingat minah ni memang pemalu giler masa gambar dia tak pakai tudung disebarkan oleh Mamat Sepah..

Ye la.., masa tu Fida bukan main menangis la bagai dalam TV pasal katanya maruah dia tercalar ekoran insiden nampak rambut tu kann.. Memang innocent lah kononnya masa tu..

Tapi sekarang ni tup-tup keluar video klip Fida ni menari… Errr…, ni bukan kira mencalarkan maruah dia sebagai wanita yang penuh sopan santun ke beb?

Tu belum kira lagi pasal tudung ala-ala zaman Firaun yang Fida pakai dalam video tu.. Dah macam serban benggali gua nampak..

Apapun.., lagu olahan semula Apo Kono Eh Jang ni memang layan habis.. Suara rapping AC dan jugak suara manja Fida memang ngam!! Stellar Band pun hebat!!

Korang bayangkan je lah.., gua yang bukan orang nogori ni pun boleh terbawak-bawak nyanyi lagu ni dalam bilik air.. Tapi bukan versi Penang lah yee…

Maknanya.., kira hebatlah tu beb!! Selama ni asyik nyanyi lagu Angin Malam je kann.., boring lah jugakk…

Korang percayalah.., lagu ni memang mantop!! Memang meletop!! Negeri Sembilan memang TERBAEKK!!!

p/s: Nak kena cari awek Nogori lah sorang nampaknya nih.. Ada sesapa anak nogori nak volunteer jadi awek gua?? Tak rugi jadi awek blogger No.1 ni tauu… Hahahaha..

Awang hitam mati dibelasah lepas cabul Makcik Cleaner..

Seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

“Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

“Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama

Ada jugak yang buta perut dalam JPJ tu yee…

Dalam sibuk-sibuk pihak JPJ berkerjasama dengan syarikat AES untuk mendidik pemandu di Malaysia mematuhi undang-undang, rupanya di pihak JPJ sendiri ada yang buta perut..

Punyalah besar signboard petak khas OKU kat situ, tapi besar tu jugak la batu dalam kepala pemandu didalam gambar tu untuk parking kat kawasan berkenaan.

Kalau penguatkuasa sendiri tak boleh nak ikut undang-undang, baik jangan jadi penguatkuasa.. Itu makan gaji buta namanya beb..

Dan sepanjang pengetahuan gua, tak ada pemandu OKU dalam Jabatan Pengangkutan Jalan.. Mungkin dorang baru ambik agaknya kot untuk memenuhkan parking khas tu..

Gua cakap betul.., gua memang anti pada sesapa yang parking di petak OKU ni kalau dia tu bukan kurang upaya..

Bagi gua, orang biasa yang parking di petak OKU tu adalah kategori orang kurang waras dan pemalas tahap biawak..

So tak sangka pulak dalam JPJ sendiri ada spesis macam tu.. Memang hamlau betul!! Puiii !!!

Saifuddin Nasution nak jadi Presiden Umno..

Saifuddin Nasution mendakwa, ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung Keadilan tersebut.

Najib menyebabkan pemimpin-pemimpin Pakatan panas punggung apabila menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di hadapan ribuan perwakilan Umno.

“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin lagi.

p/s: Ek elleehhh… Meroyan pulak mamat ni bila Najib hentam bos dia.. Punya suka lah Najib nak berucap macam mana pun kann.. Yang anak Nasution tu nak bising pasal apa..? Dia nak jadi Presiden Umno ke?