Wardina anggap umat Islam Taman Medan sebagai Vampire ke????

Hanya vampire takutkan lambang salib,’ kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

“Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya,” katanya melalui tulisan di Facebook.

Sementara itu, tidak sampai tiga jam setelah menerima desakan penduduk Islam, lambang salib yang dipasang di sebuah lot perniagaan Metro di sini akhirnya dibuka semula oleh kontraktor dilantik gereja berkenaan.

Sebelum itu, wakil penduduk, Prof Datuk Abdullah Abu Bakar dengan bantuan polis mengadakan pertemuan dengan ketua gereja berkenaan bagi menyatakan hasrat penduduk di situ.

Menurut Abdullah, hasil perbincangan, pihak gereja menyatakan kesediaan untuk menurunkan lambang berkenaan secepat mungkin memandangkan ia telah mencetuskan kekecohan penduduk setempat.

“Kita cuba hormati amalan agama mereka namun, pihak mereka juga disarankan untuk menjaga sensitiviti penduduk di sini,” katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi semalam, seramai 100 penduduk Taman Medan berkumpul membantah pemasangan lambang berkenaan.

Penduduk yang ditemui memaklumkan, pemasangan lambang tersebut disedari beberapa hari lalu dan tindakan itu dipertikaikan kerana 95 peratus penghuni di kejiranan berkenaan beragama Islam.

p/s: Nampaknya gereja tu lagi faham tentang sensitiviti umat Islam di Malaysia berbanding Wardina.. Minah ni memang selalu cari publisiti murahan.. Apa kali ni dia nak kata umat Islam di Taman Medan tu Vampire ke?? Vongoks betul!!!

Advertisements

WOIII.. Stopa Spenda mahu semua ahli PAS Permatang Pauh sokong calon PKR..

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa Pas untuk sama-sama menyokong calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan memberitahu keputusan sokongan itu telah diputuskan oleh Pas Pusat.

Mustafa berkata, pemimpin Pas wajib menyokong calon PKR di PRK Permatang pauh walaupun mereka enggan menyokong calon tersebut kerana Pas Pusat telah bersetuju untuk menyokong calon terbabit.

Tambah Mustafa, sebarang keputusan dari Pas Pusat adalah lebih relevan berbanding keputusan Pas kawasan.

“Apa yang berlaku dalam mesyuarat itu hak kawasan masing-masing tetapi dari segi perjalanan apa jua keputusan Pas Pusat mengatasi keputusan kawasan atau pun lebih bawah daripada Pas Pusat.

“Pas Pusat mengambil keputusan dalam mesyuaratnya menyokong calon yang bertanding di Permatang PAuh oleh PKR sebagaimana juga di Rompin, dulu Pas bertanding maka Pas yang disokong bersama,” kata Mustafa dalam sidang media selepas selesai mesyuarat masjlis setiausaha pakatan rakyat.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu memberitahu, calon bagi Permatang Pauh akan diumumkan pada malam 24 April iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Rafizi berkata, pengumuman calon disaat akhir adalah bagi memberik kejutan kepada Barisan Nasional (BN) yang mendakwa turut akan memberikan kejutan dalam PRK itu.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan parti masing-masing mengenai calon yang dipilih kepada majlis setiausaha dan calon itu dipersetujui dan disepakati oleh mesyuarat hari ini.

“Nama calon tersebut akan diumumkan oleh parti masing-masing dalam masa yang terdekat,” kata Rafizi.

p/s: Stopa ni sibuk nak tunjuk power pulak di Pmtg Pauh ni.. Padahal semua dah tau PAS kat sini takkan support PKR sebab tolak Hudud.. Errr.., Stopa sokong Hudud tak?? Kahkahkah