Jawapan Ahmad Maslan kepada Rafizi mengenai 1MDB

Kenyataan Akhbar

Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 8 Nov 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yg membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu.  Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain rm5.8 billion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon US$3 bilion. 

Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.  

Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap Kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan. 

Terima kasih.

Datuk Ahmad bin Maslan
Timbalan Menteri Kewangan
8 Nov 2014

Syukurlah.. Guan Eng masih jadi CM Penang walaupun rugi..

Kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut- turut terus membentangkan anggaran bajet defisit pada Sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, anggaran defisit itu ialah sebanyak RM230.31 juta bagi Bajet 2015 berdasarkan kutipan hasil yang dijangka.

Katanya, defisit itu adalah sebanyak RM25.13 juta kurang daripada anggaran bajet defisit 2014 yang berjumlah RM255.44 juta.

” Anggaran bajet defisit itu adalah berdasarkan jangkaan hasil tahun 2015 sebanyak RM656.93 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM887.24 juta.

“Kekurangan RM230.31 juta yang dijangka dalam Bajet 2015 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM826.58 juta pada akhir 2013,” katanya di sini hari ini.

Guan Eng (DAP – Air Putih) berkata, Bajet 2015 digubal dengan mengambil kira kekangan yang tidak dapat dielakkan termasuk kemampuan kewangan yang amat terhad.

Katanya, kerajaan negeri mencadangkan RM992.8 juta bagi Bajet 2015, iaitu 31.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2014.

” Jumlah RM887.2 juta adalah bagi mengurus sementara RM225.5 juta disediakan bagi pembangunan.

” Jumlah keseluruhan RM992.82 juta yang dicadangkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2015 sudah pun mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang akan dikutip pada 2015 berjumlah RM656.9 juta iaitu pertambahan sebanyak RM69.18 juta atau 11.77 peratus berbanding anggaran hasil tahun semasa pada 2014.