Mana Telor Menteri Pertahanan?? Kenapa tak saman segera Rafizi??

Nampaknya semakin banyak pendedahan mengenai Angkatan Tentera yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli.. Tapi yang agak pelik, kenapa Menteri Pertahanan yang sepatutnya jaga hal ehwal angkatan Tentera tak tegas tangani isu ni?

Jangan pulak Hisham jadi macam KJ yang semua bantai jawab tak tahu.. RM100 juta hilang pun dikatanya tak tahu.. Pelik beb!!

Yang sepatutnya, Menteri Pertahanan lah yang patut kedepan menangkis segala tohmahan dari pembangkang.. Ni angkatan Tentera beb.., bukannya syarikat macam 1MDB yang boleh dibiarkan dipolitikkan.

Kita tak mahulah nak babitkan jawatan Menteri Pertahanan ni dalam Umno kan, tapi kalau ikutkan, patut buat kerja la khususnya dalam Kementerian sendiri. Takkan itupun nak ajar??

Kalau dalam Umno dan barisan kepimpinan kerajaan, memang la Menteri ni tak buat kerja pertahankan ketua semasa difitnah dengan kes 1MDB dan dana politik RM 2.6 billion, tapi takkan la dalam kementerian sendiri pun dia malas jugak nak buat tanggungjawab beb?

Kalau masa Najib kena fitnah hari tu, mungkin Menteri ni anggap tak penting sebab ramai lagi yang boleh jawab walaupun dorang bukan sepupu Perdana Menteri.., tapi sekarang ni takkan nak suruh anggota Tentera sendiri jawab pasal isu yg Rafizi timbulkan??

Malu wehh.. Jadi Menteri Pertahanan ni kena ‘tough’ sikit beb.. Takkan dengan sotong kangkung macam Rafizi tu pun Menteri ni tak berani nak berdepan?? Macam mana Tentera nak jadikan tauladan kalau Menteri yang jaga dorang pun lembik beb??

So.., gua dengan penuh iltizam menunggu sama ada Menteri Pertahanan akan ambil tindakan atau tak pada Rafizi. Jangan dok sibuk arah orang itu ini dalam ATM pergi lawan pembangkang sebab dorang semua bukan ahlul politik.

Itupun kalau berani lah kann.. Kalau tak, duduk je lah dalam Kementerian tu dan harapkan cable sepupu untuk kekal dalam jawatan. Haihhhhhh…

Peserta Jepun buktikan kehebatan berpidato dalam Bahasa Melayu.

Peserta dari Jepun, Hatsune Yanai, 21, dinobatkan juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 kategori Antarabangsa, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Hatsune Yanai, memilih tajuk pidato ‘Ilmu Keamanan Yang Seimbang Kunci Kebahagiaan Manusia’ berjaya menambat hati para juri sekali gus menewaskan dua pesaing terdekat dalam pertandingan akhir semalam.

Sementara itu, Wang Jialu Aleeya, 20, dari China hanya berpuas hati dengan gelaran naib johan manakala Megan Rose Donelly, 27, dari Amerika Syarikat diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merasmikan pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, wakil Malaysia, , Muhamad Haziq Jamaludin, 23, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori Alam Melayu menerusi tajuk pidato ‘Rahsia Keamanan’.

Kemenangan itu sekali gus menewaskan rakan senegara, Irfan Mohamad Fairus, 21, yang diumumkan sebagai naib johan dan Muhammad Sa’mae, 19, dari Thailand (tempat ketiga).

Abdalla Hassan Gharib, 36, dari Tanzania pula diumumkan juara kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (Pam) diikuti Nasear Slayman, 31, dari Kemboja (naib johan) dan Anas Mohamad Husian Kassim, 26, dari Iraq di tempat ketiga.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, piala Perdana Menteri, piala dan hadiah iringan serta sijil.
Naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 (piala dan hadiah iringan serta sijil) manakala tempat ketiga menerima RM8,000 (piala dan hadiah iringan serta sijil).

Seramai 47 peserta dari 34 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2016 yang bermula Isnin lalu, namun hanya sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir.

Pertandingan PABM peringkat akhir diadili oleh tujuh juri profesional terdiri daripada tokoh dan pakar bahasa itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV2. – UTUSAN

Pidato Piala Perdana Menteri tampilkan penguasaan B.Melayu tahap tinggi.

Semua 20 peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 bagi kategori Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia yang terpilih ke suku akhir berjaya menampilkan penguasaan bahasa Melayu pada tahap tinggi.

Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2016, Dr. Mazleena Mohamad Hussain berkata, sedangkan pada penganjuran edisi lalu, tahap penguasaan tersebut hanya dapat dilihat pada peserta kategori Alam Melayu.

Katanya, pada edisi kali ini, kesemua peserta yang dipilih berjaya menarik perhatian tiga juri yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mereka yang berpengalaman dalam pertandingan pidato peringkat universiti.

“Kali ini kami mendapati kesemua peserta berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik. Saya yakin persaingan PABM kali ini akan lebih sengit dan para juri perlu menilai isi kandungan serta penggunaan bahasa setiap peserta dengan lebih teliti.

“Perkara paling penting adalah fakta yang diketengahkan dalam setiap pemidato perlu tepat dan bukan rekaan semata-mata selain memastikan penggunaan bahasa Melayu Malaysia, bukan dari negara jiran,” katanya.

Keseluruhannya seramai 47 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2016 yang memasuki edisi ke-10 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.

PABM 2016 bermula semalam dengan persaingan pusingan awal manakala hari ini telah berlangsung saingan suku akhir dan akan diikuti separuh akhir pada Rabu manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Jumaat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lima peserta kategori Alam Melayu dari empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura secara automatik layak ke peringkat separuh akhir.

PABM 2016 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).

Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan gender. – Utusan

Rakyat Penang akan bina Tokong Tanah untuk hargai Guan Eng

KISAH pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng antara berita paling panas pada minggu ini. Daripada penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP itu, jelas menunjukkan bahawa beliau sekadar terbabit dalam satu urus niaga pembelian rumah yang menguntungkannya.

Apa tidak untungnya apabila sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang harga pasaran bernilai lebih RM6 juta hanya dibeli oleh Guan Eng pada harga RM2.8 juta.

Walau apapun kisah di sebalik pembelian unit banglo itu, nyata, Guan Eng seorang Ketua Menteri yang bijak dalam berbelanja dan bijak membuat keputusan sebab itu beliau berjaya membeli sebuah banglo yang harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Ketika pasaran hartanah di Pulau Pinang melambung tinggi, ketika rumah di Pulau Mutiara itu harganya melangit, sudah tentu kemampuan Ketua Menteri membeli rumah di bawah harga pasaran boleh dicontohi oleh rakyat negeri itu.

Pada masa ini untuk MENDAPATKAN rumah yang murah di Pulau Pinang sangatlah sukar. Malah, permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu punya sukar untuk diluluskan oleh kerajaan negeri kerana nilai hartanahnya yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, ramai generasi baharu Pulau Pinang, generasi yang baru berkeluarga ada yang terpaksa membeli rumah di Kulim, di Parit Buntar dan beberapa kawasan lagi di luar Pulau Pinang ekoran kesukaran MENDAPATKAN rumah di Pulau Mutiara itu. Jika ada sekalipun harganya sangat tinggi dan di luar kemampuan.

Namun, sebagai Ketua Menteri yang bijak sana, yang bijaknya melebihi segala pemimpin lain di Malaysia ini, mungkin Guan Eng boleh memperturunkan sedikit skilnya membeli rumah di bawah harga pasaran kepada rakyat Pulau Pinang.

Apa salahnya berkongsi ilmu kerana sudah dua penggal rakyat Pulau Pinang mengangkat Guan Eng dan partinya DAP untuk memerintah negeri itu. Jadi apa salahnya kebolehan Guan Eng membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran itu dikongsi untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang juga.

Lebih menakjubkan, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng juga tidak tahu nilai pasaran hartanah di negeri yang dipimpinnya itu, tetapi pada masa sama masih mampu membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Ini sudah tentu satu kebolehan atau satu pencapaian yang tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin lain yang mana ia wajar dikongsi supaya rakyat Pulau Pinang yang terbeban dengan kos rumah yang cukup tinggi juga mampu memiliki rumah jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Menteri mereka.

Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik asalnya, Phang Li Koon, pada 21 Oktober 2015 dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran dikatakan sekitar RM6.5 juta.

Seperti kata Guan Eng, tidak ada apa yang salah dalam pembelian banglo tersebut kerana ia berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, walaupun jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Jadi, janganlah kita pertikaikan apa yang dikatakan oleh Guan Eng. Semua itu adalah kerana kebijaksanaan beliau. Lagi pula, Guan Eng tidak tahu harga pasaran terkini banglo tersebut.

Sebagai Ketua Menteri, mana mungkin Guan Eng perlu ambil tahu hal yang berkaitan dengan nilai hartanah di Pulau Pinang. Guan Eng adalah orang politik, bukan ahli perniagaan. Jadi, walaupun menjawat jawatan Ketua Menteri, bukan urusan beliau untuk mengambil tahu akan nilai semasa hartanah di negeri itu.

Lainlah untuk rakyat negeri itu yang mahu membeli rumah. Mereka kenalah ambil tahu supaya dapat membeli rumah sesuai dengan kemampuan mereka.

JIka, rumah di Pulau Pinang mahal-mahal belaka dan di luar kemampuan mereka, boleh belajar dari Guan Eng cara membeli di bawah harga pasaran.

Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat, Guan Eng tentunya sedia berkongsi rahsia beliau membeli banglo jauh lebih rendah daripada harga pasaran itu dengan rakyat Pulau Pinang.

Semoga selepas ini bukan Guan Eng seorang sahaja yang dapat membeli rumah di bawah harga pasaran, malah sekalian rakyat Pulau Pinang yang lain juga, terutama yang sangat-sangat memerlukan rumah. Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. – MalaysiaGazette