PANAS!!! DAP akan buat Sidang tergempar tolak Azmin di Sarawak. #prnsarawak

Menurut sumber dari belakang tabir DAP di Sarawak, satu sidang tergempar akan diadakan bagi membentangkan usul menolak Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan orang nombor 2 PKR.

Ini berikutan tindakan Azmin baru-baru ini yang dikatakan mengkhianati DAP apabila meluluskan calon PKR bagi menentang DAP di PRN Sarawak.

Sidang tergempar menolak Azmin tersebut katanya akan dipengerusikan oleh Lim Kit Siang dan juga Anthony Loke. Mat sabu pula ditugaskan untuk memujuk Wan Azizah supaya bersetuju dengan keputusan DAP.

Antara fokus yang bakal ditekankan dalam sidang tergempar DAP berkenaan ialah.., memberi tempoh sehingga Jumaat ini kepada PKR supaya semua calonnya menarik diri dari bertanding di PRN Sarawak.

Jika PKR gagal berbuat demikian, DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan keluar dari gabungan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Mahathir.

Selain itu, program kempen PKR juga diberitakan mula dikacau oleh geng upahan DAP. Ini menunjukkan bahawa pembangkang sudah berpecah teruk di Sarawak ini.

Secara logiknya, Pakatan Harapan kini hanya tinggal Amanah dan juga DAP sahaja. Deklarasi Rakyat juga bakal tinggal nama sahaja nampaknya.

Advertisements

Hadi Awang dakwa PKR dan DAP sabotaj PAS.. #prnsarawak

MIRI – Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang hari ini menyalahkan PKR dan DAP diatas pertembungan calon pembangkang di beberapa kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.

Berucap dihadapan para petugas pilihanraya di Dun N74 Pujut hari ini, Hadi menyifatkan PKR dan DAP sengaja mahu menganggu peluang PAS untuk bertanding melawan BN di beberapa kawasan khususnya di Miri.

DAP dan PKR juga dianggap keras kepala kerana sengaja meletakkan calon mereka walaupun sudah tahu PAS mengumumkan akan bertanding disini.

“Mereka (DAP dan PKR) harus dipersalahkan kerana PAS terlebih dahulu meletakkan nama untuk bertanding.”

“Mereka sengaja mahu merosakkan peluang PAS di pilihanraya Sarawak ini..”

Sebelum ini Setiausaha DAP Lim Guan Eng menafikan mereka sengaja mahu bertembung dengan PAS, sebaliknya ia merupakan satu salah faham sahaja.

Dun N74 Pujut menyaksikan pertandingan 4 penjuru diantara calon BN, DAP, PAS dan juga Bebas.

Guan Eng confirm akan buat DAP kalah di Miri

Di Penang nama Guan Eng cukup terkenal sebagai kaki tipu dan pakar seleweng tanah rakyat. Kini Guan Eng mula berangan-angan untuk mencipta nama di Sarawak pula..

Guan Eng dan bapanya kini memfokuskan bandar Miri sebagai target baru untuk penjajahan DAP selepas Penang. Maklumlah.., Miri kan ada banyak tanah untuk Guan Eng seleweng..

Malang bagi Guan Eng, sambutan 33 tahun DAP di Miri awal malam tadi tercemar dengan kehadiran tak sampai 500 orang.. Awalnya, Guan Eng yakin bahawa puluhan ribu masyarakat Cina di Miri akan turun beri sokongan..

Bayangkan.., Dun Senadin, Pujut dan Piasau mempunyai lebih kurang 60 ribu pengundi berdaftar, tapi yang dengar ceramah Guan Eng hanyalah 500 orang.. Mana lagi 55 ribu pengundi yang dikatakan mahu melakukan perubahan dengan sokong DAP??

Ini semua membuktikan bahawa Guan Eng dan DAP semakin dibenci oleh orang Cina di seluruh negara. Perangai kuat menipu.., makan rasuah dan juga tak amanah Ketua Menteri Penang tersebut jelas tak disenangi oleh rakyat Malaysia.

Slogan Ubah Malaysia oleh Guan Eng malam ini akan bertukar menjadi Rebah DAP selepas 7hb Mei nanti kerana DAP akan ditolak oleh rakyat khususnya di Miri.

Tak percaya?? Tunggulah harinya nanti..

Sejak bila pula Menteri ni jadi macam Bangla??

Macam mana lah rakyat tak mengata kalau macam ni punya gaya dok tunjuk pada semua.. Patut ke seorang Menteri Pertahanan bergambar pegang tangan macam tu? Korang cuba fikir tengok..

Setahu gua, bangla banyak la jalan pegang tangan serupa Gay jamban.. Tapi kita tahu yang Bangla tu dorang pegang tangan untuk keselamatan.. Tapi si Menteri ni pegang tangan sesama jantan tu untuk apa beb?

Gua bukan nak kutuk laa sepupu Najib ni., tapi gua malu bila Menteri Pertahanan yang sepatutnya gagah dan macho tiba-tiba dikatakan sebagai Gay hanya kerana berpegangan tangan dengan jantan..

Persepsi buruk tu beb.. Imej dan kredibiliti orang yang jadi ‘kepala’ jaga Pertahanan negara terus ‘zero’ bila beraksi serupa bangla..

Jangan lah pasal nak tunjuk mesra atau nak berlakon depan kamera, habis imej dan maruah Kementerian Pertahanan dijatuhkan tanpa segan silu..

Menteri ni sepatutnya belajar banyak lagi kalau nak rakyat hormat.. Populariti murahan macam ni terbukti menunjukkan dia jadi ‘low class’ di mata masyarakat.

Setakat kuat dengan kabel ‘sepupu PM’ tu je takkan bawa jauh beb.. Integriti mesti ada tauu.. Pegang tangan macam tu jangankan kata orang dewasa, budak kecik pun geli tengok.. Hahaha