DAP ajak UMNO/BN bersatu??? Wekkkkkkk.. loya pulak dengar!!

Dengan Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang, mencadangkan penubuhan satu gabungan  “Selamatkan Malaysia”, yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Sambil menyifatkan senario politik Malaysia sebagai “no man’s land”, veteran DAP itu berkata ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru.

Ini katanya, mestilah dengan syarat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparlimen oleh PAS.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru ‘Selamatkan Malaysia’ dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru,” katanya dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu “menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang”.

Kenyataan Lim Kit Siang ini dilihat sebagai amat terdesak setelah PAS mengumumkan perlaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan yang akan mengakibatkan DAP dipandang rendah oleh kaum cina di Malaysia.

Sebelum ini, DAP seringkali menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga menganggap PAS mampu dijinakkan oleh mereka. Tetapi perkembangan terkini menunjukkan PAS hanya menggunakan DAP untuk mencapai cita-cita parti tersebut didalam melaksanakan hukum Hudud.

p/s: Apek ni buat lawak ke apa?? Selalu je tuduh Umno/BN jahat dan zalim la bagai.. Tup2 nak ajak bergabung buat kerajaan perpaduan lah pulak… Politik apa kejadahnya ni beb?? Politik gampang DAP kot?? Kahkahkah…

Habislah Astro.. Syed Mokthar dan RTM akan tumbangkan Ananda Krishnan

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan ‘kaut untung’ Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan? – Chewan/Utaranews.com

Tolong Azankan di telinga Mahfuz.. Makin jauh dah tersesat tu..

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan Australia, bagi mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) untuk bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh mahkamah. 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan bekas komando polis terbabit sebagai individu bersemangat patriotik tinggi, cintakan negara dan harus diberi peluang memulakan hidup baru di negara berkenaan, setelah Sirul Azhar meninggalkan tanah air bagi mendapatkan perlindungan di Australia. – TheRakyatPost.

Selepas berakhirnya episod Maharajalawak Mega di Astro, Mahfuz pula meneruskan lawak slapstik di pentas politik apabila sibuk untuk kononnya membuat pendedahan pasal kes pembunuhan Altantuya sehingga sanggup berkejar ke Australia.

Rakyat ketawa terbahak-bahak apabila MP PAS Pokok Sena itu dikantoikan secara terlampau didalam satu sidang media dihadapan puluhan wartawan. Mahfuz menjanjikan perbualan langsung secara terbuka dengan Sirul, tetapi penjenayah tersebut langsung tak jawab telefon.

Malangnya, Mahfuz masih tak sedar diri dan tak faham apa yang dimaksudkan dengan sifat bangang. Kini Mahfuz terhegeh-hegeh pula kononnya nak bantu Sirul memohon taraf penduduk tetap di Australia. Bukankah itu bangang namanya?

Rakyat nampak kebangangan Mahfuz apabila wakil Rakyat yang bertanggung jawab membuat dasar di Parlimen itu sanggup membela penjenayah. Jangan pula Mahfuz kata dia tak tahu yang Sirul sendiri mengaku membunuh Altantuya ye..

Tak kiralah siapa yang arahkan Sirul bunuh wanita tersebut, perbuatan membunuh itu tetap salah dan seharusnya dihukum seperti yang telah dilakukan oleh Mahkamah Malaysia. Kalau betul Sirul kata dia diarahkan oleh seseorang, kenapa tak didedahkan semasa dalam perbicaraan? Kenapa lepas lari ke Australia baru nak dedahkan?

Kalau Sirul menyesal sekalipun, dia takkan terlepas kerana kesalahan membunuh tu telah dilakukan. Yang Mahfuz sibuk-sibuk nak dedahkan dalang pembunuhan Altantuya tu, takkan dia tak sedar bahawa dia sedang membuat rakyat gelak pada dasar pendirian PAS?

PAS sekarang ni nak laksanakan Hudud dan mahu bawa draf Hudud ke Parlimen. Didalam hukum Hudud, kesalahan membunuh hukumannya apa? Mahfuz ternyata bangang kalau dia anggap hukuman bagi Hudud adalah lari keluar negara sambil diberikan taraf penduduk tetap.

So kesimpulannya.., kebangangan Mahfuz telah memalukan PAS. Kedungguan MP Pokok Sena ini sebenarnya menjatuhkan maruah perjuangan melaksanakan hukum Hudud oleh PAS. Rasanya kalau Mahfuz nak cari populariti politik sekalipun, tak perlu kot sampai tunjuk bangang sampai macam ni.

Akhirnya rakyat Malaysia akan nampak yang bangang dalam PAS bukan Mahfuz seorang, tapi semua wakil Pakatan Rakyat yang bersekongkol dengan drama Tamil arahan Mahfuz.

Diharap para penasihat di sekeliling Mahfuz tolong azankan di telinga kanan beliau. Mungkin itu akan dapat sedarkan diri Mahfuz yang mungkin terasuk dengan “hantu” Monggolia.. Hahaha.. 

Lebai PAS rela TELOR mereka dijentik oleh Lim Kit Siang?

Semakin dekat tarikh 18 Mac 2015.., maka semakin meroyanlah seluruh pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang. Kerana apa pemimpin DAP terlalu takut dengan tarikh tersebut? Apa istimewanya tarikh 18 Mac 2015 sehingga Lim Kit Siang pun turut tak tidur malam memikirkannya?

Seluruh rakyat tahu bahawa pada 18 Mac nanti, PAS akan meminda enakmen syariah di negeri Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud dilaksanakan di negeri tersebut. Ini yang membuatkan DAP panas punggung kerana Pakatan Rakyat berdepan dengan risiko terbesar didalam sejarah gabungan mereka.

DAP tak mahu hukum Islam dilaksanakan di Malaysia.., DAP juga tak mengiktiraf negara ini sebagai sebuah negara Islam. Malah DAP tak pernah bertoleransi dengan sebarang undang-undang Islam di dalam negara. Ingat lagi tak bagaimana pemimpin DAP menghina hukum aurat pada wanita muslim baru-baru ini?

Ia secara jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tak pernah berkompromi didalam dasar perjuangan Islam yang ada didalam PAS serta UMNO di Malaysia. DAP berhasrat untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara sekular yang tidak menjadikan agama atau raja sebagai pegangan tertinggi.

Dengan sebab itulah Lim Kit Siang hari ini mendesak PAS membatalkan cadangan untuk meminda enakmen syariah di Kelantan 18 Mac ini. Tetapi adakah PAS seperti biasa akan tunduk pada desakan DAP? PAS sudah banyak kali direkodkan akur dengan arahan DAP terutama apabila digertak dan diherdik oleh Lim Kit Siang.

Beranikah para lebai berketayap serta berserban didalam PAS berdiri tegak untuk menghalang segala desakan dari kafir yang bencikan Islam didalam DAP? Atau adakah lebai-lebai PAS itu semua akan terkulai lembik tengkuk serta bergegar lutut kerana takutkan kafir tua yang bernama Lim Kit Siang?

Kita tunggulah 18 Mac nanti.. Apakah lebai-lebai didalam PAS masih mempunyai “telor” atau “telor” mereka cuma tinggal kerandut kulit luar sahaja. Jika untuk meminda enakmen syariah di negeri sendiri pun terpaksa meminta izin dari puak kafir, elok lebai-lebai PAS semua buang saja ketayap dan serban tu ke dalam lubang jamban..