HOT!!! MAT SABU DEDAH PUNCA KEKALAHAN PAS KEPADA UMUM.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. ~harakahdaily

p/s: Ni lah jenis manusia yang tak mau terima qada dan qadar Tuhan.. Dah kalah tu kalah lahh.. Meroyan pun tak guna beb…

Advertisements

PANAS!!!! RIBUAN MAHASEWEL AKAN SERANG BANGUNAN KDN HARI INI..

Gua dimaklumkan bahawa pihak Mahasewel hari ini akan mengadakan satu demonstrasi besar-besaran dihadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak Zahid Hamidi meletak jawatan dan membersihkan institusi Polis.

Demonstrasi berkenaan akan diadakan selepas solat Jumaat dan dikhabarkan akan dikepalai oleh Adam Adli dan juga beberapa mahasewel yang pro Pakatan.

Gua harap pihak Polis dan juga KDN dapat mengambil langkah awal untuk mencegah puak-puak ni dari membuat kacau. Gua cadangkan supaya pihak Polis tangkap je beruk-beruk terbabit dan sumbat dorang dalam lokap bersama-sama si Safwan Anang tu..

Dalang disebalik semua kerja gila tu tak lain tak bukan adalah pemimpin-pemimpin Pakatan yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Inilah jadinya kalau golongan muda kita terpengaruh dengan puak-puak Pakatan beb.. Hancur masa depan dorang dek kerana kegilaan politik Anwar dan konco-konconya..

GAMBAR JUTAAN MAHASEWEL BERKHEMAH DI DEPAN PENJARA SUNGAI BULOH DEMI SAFWAN ANANG..

Sekumpulan anak-anak muda dilihat telah berkhemah depan penjara Sungai Buluh yang dipercayai sebagai tanda sokongan solidariti mereka kepada mahasiswa penyokong Pakatan iaitu Safwan Anang.

Isteri Safwan, Masturah sempat jua memberikan ucapan dihadapan kumpulan berkenaan. Beliau melahirkan rasa sebak dan terharu dengan sokongan kumpulan tersebut terhadap suaminya yang dikatakan datang sejauh dari Terengganu.

Menurut Mastura, ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka suaminya pernah ditangkap oleh polis di hadapan UPSI.

Sebelum ini, Safwan Anang adalah antara empat orang pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam semalam dan dituduh di mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur dibawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.

Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.

Safwan Anang telah dibawa ke Penjara Sungai Buluh sebagai membantah tindakan keras kerajaan kepada rakyat yang membantah PRU 13 yang penuh dengan kecelaruan dan kesangsian.

TERKINI!!! NURUL IZZAH DITAHAN OLEH PIHAK IMIGRESEN DI AIRPORT SABAH..

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ditahan dan dihalang dari memasuki Sabah oleh pihak Imigresen negeri tersebut.

Menerusi akaun twitternya, Nurul Izzah memaklumkan diarahkan pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Ketika dihubungi, Nurul Izzah memaklumkan beliau cuba mendapatkan penjelasan tetapi pihak Imigresen memaklumkan ia adalah rahsia.

“Saya cuba bertanya siapa lagi yang dihalang memasuki Sabah tetapi mereka (Imigresen) memaklumkan perkara tersebut adalah rahsia dan ini arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

“Kejadian ini merupakan pertama kali dalam sejarah hidup saya,” katanya yang dijangka akan dihantar pulang dengan penerbangan malam ini.

Beliau memaklumkan ke Sabah untuk menghadiri Pesta Keamatan yang akan dirayakan tidak lama lagi.

Difahamkan ini merupakan lawatan pertama ahli parlimen Lembah Pantai itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).