GEMPAR!!! NIZAR KEMPEN SAMBIL NAIK BASIKAL DITENGAH MALAM BUTA..

Dah apa kena pulak dengan bekas Menteri Besar Perak ni beb? Tengah-tengah malam buta boleh pulak dia berkempen kayuh basikal sambil bawak bendera.. Nak cari populariti murahan lah tu gamaknya…

Gua difahamkan.., Nizar menunggang basikal berwarna oren sambil membawa ketiga-tiga bendera parti komponen dalam Pakatan sambil mengelilingi sekitar kawasan tapak ceramah di kawasan DUN yang ditandinginya, Changkat Jering, malam tadi..

Ramai yang tersenyum melihat gelagat kuda kayu DAP tu.. Bukan tersenyum sebab bangga.., tapi mungkin tersenyum sebab tak sangka ada jugak yang buat gila macam tu..

Makin teruk penyakit kronik Nizar tu nampaknya kann… Kesiannnn… Huhuhuhu..

Advertisements

[WAJIB TENGOK] VIDEO ANWAR KENA HALAU DARI MASJID DI PENANG..

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu politiknya, Penasihat DAP Lim Kit Siang menerima nasib sama selepas ‘tidak diterima’ penduduk setempat ketika berkempen di Pulau Pinang dan Johor semalam.

Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu.

Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.

Dalam kejadian yang menimpa Anwar kira-kira pukul 7.40 malam pula, kehadiran beliau dari awal lagi tidak mendapat keizinan ahli jawatankuasa masjid berkenaan selain dibantah penduduk.

Walau bagaimanapun, selepas tindakan Anwar itu ditegur, pengawal peribadinya bertindak seperti samseng dengan memarahi penduduk dan memasuki masjid tanpa membuka kasut.

Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima panggilan daripada Setiausaha Kariah Masjid berkenaan, Adzhar Ahmad yang meminta bantuannya menasihati Anwar supaya beredar dari masjid tersebut.

“Saya bertemu Anwar dan bercakap secara baik dengan beliau tetapi tidak diendahkan. Itu yang menyebabkan penduduk berang.

“Dalam saya cuba menasihati Anwar supaya beredar kerana risau perkara tidak diingin berlaku, saya terdengar kekecohan di luar masjid dan mendapati pengawal peribadi Anwar dengan tidak beradab bergaduh dengan penduduk,” katanya.

EKSLUSIF!!! INI SEBABNYA ANWAR TAK BERANI TURUN KEMPEN DI PERMATANG PAUH!!!

Korang tengok sendiri bagaimana calon Umno/BN bagi Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Haji Mazlan Ismail berkhutbah diatas mimbar masjid Permatang Pasir pada hari jumaat yang lalu.., tak ada sentuh bab politik.., dan tak ada kaitkan dengan sentimen kebencian dikalangan ummah..

Dr Haji Mazlan cuma menekankan perpaduan dan juga ukhwah sesama muslim dan juga menegaskan bahawa semua muslim itu bersaudara tak kira apa ideologi politik sekalipun..

Inilah pemimpin yang kita nak sebenarnya.. Bukan pemimpin yang bertopengkan agama tapi menyebarkan perpecahan dikalangan umat Islam serta membuatkan bangsa melayu bertelagah demi kuasa yang cuba dorang kejar..

Dan hari ni gua sedar.., patutlah Anwar tak berani nak turun berkempen menentang Dr Haji Mazlan di Permatang Pauh.., rupa-rupanya Anwar “panas” dengan iltizam anak kampung Permatang Pauh tu bagi menyatu padukan umat Islam dan bangsa melayu..

Yang paling best.., Dr Haji Mazlan Ismail terbukti diterima oleh segenap lapisan masyarakat di kawasan Permatang Pauh ni.. Aura Dr Haji Mazlan ternyata berjaya menyejukkan hati ramai rakyat tempatan..

Korang bayangkan.., ada sorang Imam masjid yang gua jumpa di kedai kopi pagi tadi memberitahu.., Dr Haji Mazlan sepuluh kali lebih “jernih” mukanya dari Anwar.. Korang faham-faham sendiri lah maksud Tok Imam tersebut ye..

So.., gua yakin kali ni Anwar akan tumbang di kubu kuatnya sendiri beb.. Puak-puak Pas sendiri dah mula selesa dengan cara Dr Haji Mazlan berkempen yang memang mesra marhaen..

Cuma ada dua tiga kerat mangkuk ayun PKR disini je yang still belum dapat hidayah untuk berubah.. Mungkin dalam tempoh baki berkempen ni, Tuhan akan turunkan petunjuk buat dorang..

Sama-sama lah kita doakan ye…

PANAS!!! VIDEO PENDEDAHAN SKANDAL ANWAR OLEH CHEGU BARD..

Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh ‘orang kuat’ Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu ‘turning point’ untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih ‘hijau’ dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?

Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan ‘pisang berbuah dua kali’ dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.

Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.