Akhil Hayy nak buat album ROCK pulakk..

Ditanya tentang jiwanya yang dahulu bermula dengan dunia rock, Akhil mengaku masih menjadikan grup Nightwish dan Within Temptation sebagai salah satu halwa telinga.

“Saya gemarkan juga lagu-lagu yang bersifat spiritual. Suka dengar lagu-lagu runut bunyi filem epik. Merujuk kepada zaman nabi dahulu, penyair seperti Tufail bin Amr Ad-Dausi dan Hassan bin Tsabit juga diiktiraf.

Kaedah seni adalah antara cara untuk berdakwah dengan mudah. Rugi kalau kita tidak manfaatkannya,” ujar Akhil mungkin mahu memperjelaskan terhadap sorotan tajam terhadap hiburan buat sesetengah masyarakat.

Menerobos masuk ke dalam jiwanya yang masih punya akar rock, dia berkata jujur bahawa masih ada pemberontakan di dalam dirinya yang bakal dikeluarkan.

“Saya merangka untuk membikin album rock. Sedang susun barisan pemuzik yang masih dirahsiakan. Tapi saya mahu buat cara akustik.

Ini adalah ruang pemberontakan saya. Nantikan sahaja,” senyumnya seraya menambah bahawa album kelimanya juga bakal dikeluarkan dan isteri tersayang telah menyumbangkan dua buah lagu dalam album tersebut. – KOSMO

p/s: Gua pernah sekali je dengar Akhil ni berceramah di Masjid Batu dulu.. Tak ada lah hebat sangat cuma banyak nyanyian dari isi ceramah..

So lepas ni gua harap jangan lah pulak dia menyanyi lagu rock sambil berceramah.. Jenuh pak-pak lebai PAS kampung ber “headbanging” pulak nanti…

Advertisements

AWAS!!! Kurma GENG Anwar sempena Ramadhan..

Sempena kita nak menyambut Ramadhan besok, gua nak ingatkan korang semua pasal satu jenis Kurma yang datang dari Israel..

Walaupun diatas kotaknya bercetak jenama “Jordan River”.., tapi sebenarnya kurma tu bukan dari Jordan.. Ia dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia.

Kurma ni ditanam di satu kawasan ladang yang luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.

Pemiliknya adalah seorang Yahudi yang kaya…, dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ni kalau tak silap gua.., dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura beberapa tahun lepas.. Gua pun pernah buat artikel ni dulu tapi saja nak upkan balik sempena Ramadhan tahun ni..

Gua harap kita sama-sama berhati-hati dan jangan beli kurma jenis ini..

Kalaupun kita tak mampu nak bantu saudara kita di Palestin.., simpankan lah sikit rasa kasihan terhadap dorang yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi tu…

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi..

PANAS PRU13 !!! Ustaz Kazim Elias bakal jadi calon UMNO di Manjoi….

Satu berita yang amat baik seandainya ia benar.. Gua baru dapat maklumat mengenai penyenaraian awal calon PRU13 bagi UMNO untuk negeri Perak..

Antara nama yang menarik perhatian gua ialah Ustaz Kazim Elias yang telah tersenarai untuk bertanding di negeri tersebut..

Kalau ikut info yang gua dapat, Ustaz Kazim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Manjoi.. Ini kerana, pengaruh Ustaz Kazim memang kuat disitu..

Lagipun, Ustaz Kazim mempunyai satu Pondok pengajian yang bernama Al-Barakah di Kampung Manjoi.. Jadi bertambah menonjol imej Ustaz Kazim di kawasan tu..

Gua tak mahu sentuh mengenai nasib YB Nazri yang jadi Adun Manjoi sekarang ni.. Mungkin dia akan ditukarkan untuk bertanding di tempat lain atau mungkin dia tak dicalonkan langsung.. Tunggu je lah nanti..

So.., Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang.. Dan kalau letakkan Ustaz Kazim ni di Manjoi, InsyaAllah UMNO akan menang besar disitu..

Gua cadangkan.., letakkan sekali Ustaz Kazim dikawasan Parlimen yang ditandingi oleh Nizar Jamaluddin.. Biar Nizar DAP tu kalah teruk ditangan Ustaz Kazim…

Ekslusif!! BUKTI Nik Aziz DALANG rancangan perlantikan Ku Li..

Korang tahu tak gambar sapa diatas tu bersama Nik Aziz? Itulah Mazlan Harun, anak bekas MB Selangor, Harun Idris.., Tamrin Ghafar, anak kepada Tun Ghafar…, dan juga Nik Azmi.., salah seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Kenapa anak-anak pejuang UMNO ni pergi jumpa Nik Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan? Itulah yang peliknya semalam..

Mengikut info yang gua dapat, semua ni adalah berkait rapat dengan pelawaan terhadap Ku Li untuk menjadi Ketua dalam Pakatan bagi menggantikan Anwar Ibrahim..

Dan gua jugak difahamkan, Nik Aziz adalah DALANG UTAMA didalam rancangan perlantikan Ku Li sebagai Ketua Pakatan dan juga telah menjemput dorang semua tu datang untuk jumpa dengan dia..

Kenapa Nik Aziz buat semua ni? Kenapa Nik Aziz nak BUANG Anwar dari Pakatan?

Semua ni akan terjawab sikit masa lagi beb… Yang pasti.., Anwar confirm takkan boleh jadi PM dan dia mungkin akan habiskan sisa hidup dia dalam penjara…

Tungggguuuuu….. Hahahahaha….

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.

“Kenapa ia dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah ada pihak tertentu dalam parti pembangkang itu yang pasti Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara.

“Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memaklumkan kedudukan Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada DAP dan PAS hingga menyebabkan mereka mencari calon Ketua Pembangkang lain,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.

Zahrain mendakwa tindakan terdesak memilih Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.