Ustazah bersubahat ROGOL anak perempuan sendiri..

Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur diatas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka.

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.

Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah diatas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa.

p/s: Walaupun bergelar ustazah, itu bukan bermakna pompuan tu akan alim dan warak beb.. Renung-renungkan lah yee…

HOT SKANDAL!! Gambar VVIP didedahkan oleh blogger Pakatan..

Gua hanya menimbulkan persoalan mengenai siapakah VVIP yang bergambar dengan amoi cun bersama gelas BEER disebuah pub.. Amoi tu pulak mempunyai dakwaan menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki berhidung belang..

Dan gua cuba nak tahu, apakah hubungan VVIP terbabit dengan amoi tu.. Sebab, sebelum ni pun VVIP terbabit ada mempunyai rekod 2-3 kali berkunjung ke ‘tempat’ amoi tersebut..

So bila amoi tu sanggup ‘terbang’ ke Penang ni.., takkan tak ada apa-apa kot?

Setakat ni, gua tak dedahkan gambar VVIP tersebut untuk menjaga imej beliau.., tapi nampaknya blogger pencacai penjilat Anwar yang mula-mula dedahkannya dulu..

Apakah motif blogger-blogger kaldai tersebut dedahkan gambar VVIP tu? Adakah dia mahu menjatuhkan imej ‘alim’ dab ‘warak’ VVIP tersebut dimata pengikut Pakatan?

Blogger terbabit juga tuduh gua cuba fitnah VVIP terbabit.. Apa yang gua fitnah? Pasal gua anggap VVIP tu alim dan warak ke?

Beb.., bukan ke VVIP tu dah diangkat setaraf khalifah Umar dan juga berlakon alim dan warak didepan masyarakat Islam? Tak percaya? Korang tengok sendiri lakonan dia masa bulan puasa..

Satu lagi.., bukan gua yang angkat darjat VVIP tu beb.., Nik Aziz yang iktiraf tauu..

So.., dengan pendedahan dari blogger Milobasi dan ASD tu, terbukti bahawa VVIP tersebut tak disukai dalam Pakatan sendiri.. Kalau tak, takkanlah dorang sanggup dedahkan VVIP tersebut untuk menjatuhkan imej beliau..

Gua difahamkan bahawa blogger Milobasi tu dibayar elaun bulanan oleh Anwar Ibrahim.. Rasanya mesti Anwar yang suruh pencacai belaannya tu dedahkan gambar VVIP tersebut untuk malukan beliau..

Dan gua juga diberitahu, blogger ASD tu baik dengan Mansor Othman, TKM1 Penang yang sebelum ni kata Ah beng Cocky & Arrogant.. Adakah dia juga dibayar oleh Mansor untuk balas dendam pada Ah Beng?

Pesanan gua kepada blogger-blogger macai tersebut.., jangan dedahkan aib pemimpin sendiri.., tak baikkk…. VVIP tu kan berperwatakan Islamik di mata semua pencacai… Hahahahahahaha…..

Pas perasan!! Anwar tak pernah suka pada Pas..

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.

“Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.

“Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas,” katanya.

Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam. “Ilmu agama Islam hanya ‘celup-celup”.

Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.

“Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam,” tegasnya.

Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau “celik mata” dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.

“Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya,” katanya

Lembiknya Umno dimata Ezam…

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

“Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan,” katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah”.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi “Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?”. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

“Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang,” tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

“Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat,” tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

“Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?” katanya. Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

“Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita,” kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.

Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.