Pakcik Tua yang BODOH… kata para munafiqun PAS.

Dari awal lagi, saya cuma dapat mengagak ramai pengikut taksub parti PAS akan menyifatkan warga emas di P.Pinang di upah oleh UMNO apabila mereka menyerahkan kembali wang dana program membasmi kemiskinan yang bersumberkan judi kuda tersebut kepada kerajaan negeri.

Nyata telahan saya agak meleset. Walaupun ada segelintir pengikut PAS melabelkan warga emas sebegitu, rupanya ada yang lagi teruk dari itu. (baca SINI)

Mengapa sampai begitu sekali tahap pemikiran pengikut PAS sehingga sanggup bersikap sedemikian? Salahkah pakcik dan makcik warga emas di P.Pinang jika mereka tak mahu bersubahat didalam soal hasil sumber judi?

PAS menggunapakai “fatwa” Ustaz Asri yang menghalalkan sumber dari cukai judi kepada rakyat. Rupanya pengikut PAS tak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik apabila tak tahu membezakan diantara CUKAI JUDI dan juga minta derma dari tauke judi!

Saya sokong apa yang dikatakan oleh Ustaz Asri mengenai hasil cukai judi yang tidak haram kepada rakyat. Berlainan pula dengan sumbangan judi seperti yang diamalkan oleh Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang untuk Program Membasmi Kemiskinan.

CUKAI JUDI dan sumbangan dari tauke judi adalah dua perkara yang berbeza!!! Inilah yang pengikut-pengikut taksub PAS tak faham dan ada yang sengaja buat-buat tak faham.

Patutlah mereka sebelum ini bermati-matian mengaku tak bangga menjadi melayu. Rupanya mereka malu mengaku melayu kerana tak mahir dan tak fasih berbahasa melayu!

Kalau bahasa carut marut dan bahasa maki hamun, mereka juaranya..

Advertisements

PAS mula start bodek Ku Li…. dah takutlah tuuu.

Saya ambil artikel dari kitab agung PAS iaitu Harakah. Beria-ia benar nampaknya PAS cuba nak “kipas” Ku Li apabila Ku Li dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Dah takutlah tuu..

Yang dihantar untuk buat kerja bodek-membodek ini pula bukan calangt-calang pemimpin didalam PAS, Ketua Dewan Ulamak Pusat tuuu..

Mungkin PAS beranggapan, jika mereka “kipas” baik punya punggung Ku Li, mungkin Ku Li bersimpati dan membantu mereka untuk menang seandainya PRK diadakan di DUN tersebut.

Nampaknya, PAS hanya angan-angan Mat Jenin sajalahhh. Saya yakin Ku Li akan mengepalai jentera “perang” UMNO mengusir PAS keluar dari daerah Galas!

KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.

“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya

Wang ehsan telah dipulangkan. Apa kata wali Nik Aziz dan Brother Anwar??

Selepas ini, apa lagi yang mahu dibohongkan dan ditemberangkan oleh Khalifah Lim Guan Eng di P.Pinang? Apa pulak yang bakal dikelentongkan oleh Exco Agama  si Malik Kassim dan juga Pesuruhjaya PAS si Salleh Man kepada warga emas di negeri ini?

Penyerahan kembali wang ehsan dari dana membasmi kemiskinan tegar kerajaan P.Pinang ini tak berakhir di Kepala Batas sahaja. Saya difahamkan, ramai lagi warga emas yang akan memulangkan balik wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Dari apa yang saya dengar ketika berbual bersama beberapa warga emas sewaktu penyerahan tersebut, mereka berasa dikhianati dan juga dihina oleh kerajaan negeri apabila mengetahui sumbangan yang mereka terima adalah bercampur dengan sumber haram.

Walaupun Ustaz Asri kelihatan seperti mahu membela Lim Guan Eng dan kerajaan negeri P.Pinang dengan “fatwanya” menghalalkan hasil sumber judi lumba kuda tersebut, iannya tak mampu mententeramkan hati warga emas yang terguris akibat perbuatan jahat Lim Guan Eng yang berbohong.

Lagipun, saya difahamkan oleh warga emas di situ bahawa mereka tak tergamak menyimpan hasil yang diketahui dari sumber haram, apatah lagi memakannya. Sebab itulah ramai diantara warga emas tersebut sebak kerana kesal diatas ketelanjuran mereka menggunakan sumbangan DAP negeri tersebut untuk perbelanjaan harian.

Ini yang amat mereka sedih dan terkilan. Mereka menyifatkan apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang adalah merupakan penganiyaan kepada mereka.

Warga-warga emas yang menjadi penerima bantuan program membasmi kemiskinan kerajaan negeri di Kepala Batas itu juga kesal kerana wakil PAS dan PKR yang berbangsa melayu dan beragama Islam didalam barisan kepimpinan kerajaan negeri telah bersekongkol dengan perbuatan Lim Guan Eng serta DAP.

Inilah yang dikatakan “harapkan pagar, pagar pula yang merosakkan padi”.

Satu persoalan yang saya ingin bangkitkan kepada pengikut-pengikut PAS yang selama ini taksub kepada Lim Guan Eng sehingga sanggup menggelarnya sebagai Khalifah…, apakah manusia seHAPRAK Lim Guan Eng ini yang korang semua agung-agungkan selama ini?

Memang ternyata melayu-melayu didalam PAS dan PKR berfikir tanpa menggunakan akal. Dan mereka sememangnya bercakap dan membebel tentang Islam dan kemanusiaan tanpa langsung menggunakan otak!


p/s:Lepas ni, mesti ada puak-puak totok PAS kata warga emas tu semua diupah oleh UMNO. Typical puak-puak bebal ni memang takkan berubah dari dulu sampailah sekarang!

Ekslusif!!! Warga emas P.Pinang serah balik duit RM 100 kepada Lim Guan Eng.

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.