Penyanyi MAK NYAH tersohor di Kelantan dambakan DAKWAH Nik Aziz..

Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara.

Ia jika tertuduh gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

p/s: Nik Aziz tak payahlah sibuk berlakon nak dakwah pada kafir-kafir DAP.., di Kelantan sendiri pun masih tak BERSIH lagi dari maksiat dan huru hara walaupun Pok Nik dah perintah selama 21 tahun..

Daripada Nik Aziz sibuk harapkan Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng faham Islam.., gua rasa lagi bagus kalau Pok Nik dakwahkan Mak Nyah KAJOL tu dulu..

Amacam Pok Nik…, ada brannn ke? Hahahahaha…

Advertisements

TERKINI!! 50 Penganut PAS solat hajat "BERKIBLATKAN" Balai Polis..

Seramai 50 orang pengikut PAS sanggup jadikan tepi jalan berhadapan dengan Balai Polis Dungun sebagai tempat untuk dorang buat solat hajat.

Kononnya, dorang nak tunjukkan rasa tak puas hati pada Polis sebab salah sorang pemimpin Pemuda dorang telah ditangkap pada petang tadi berkait rapat dengan penganjuran ceramah BERSIH di Pulau Serai Terengganu.

Inilah muka lebai PAS yang jadi imam solat hajat kat situ.. Nampak je macam pandai agama tapi langsung tak cerdik dalam kehendak Islam.

Apa yang bangang sangat puak-puak ni sampai tepi jalan pun dorang sanggup buat tempat nak “berdemo pada tuhan”? Kat Terengganu tu dah tak ada masjid dengan surau ke beb?

Gua pelik.., apa kejadahnya dorang buat solat hajat “berkiblatkan” Balai Polis Dungun tu? Khusyuk ke solat dorang kalau berniatkan nak menunjuk-nunjuk dan nak tunjuk “gedebe” kat Polis?

Ni lah mentaliti puak-puak PAS.. Bangang dorang langsung tak boleh diajar.. Nak kata cerdik.., macam ni punya perangai boleh kita kata cerdik ke?

Nampak tak jalan pun jem pasal dorang punya agenda nak “memperbodohkan tuhan”.

Puak-puak kafir yang duduk kat area tu mesti menyumpah seranah pasal ada jugak melayu bangang yang tak tau kat mana tempat sembahyang yang sesuai..

Imej Islam pun mesti tercemar pasal puak-puak jumud macam PAS ni lahh.. Hanya sebab nak pertahankan perhimpunan Haram BERSIH.., sanggup dorang solat hajat depan “berkiblatkan” Balai Polis..

Lepas ni mungkin kalau Ambiga tu kena tahanan I.S.A, puak-puak ni takkan fikir 2-3 kali untuk solat hajat pulak depan Kem Kamunting..

Dah kronik akidah puak-puak jumud parti cap bulan ni semua…

Majlis Fatwa Negara kata BERDOSA BESAR sertai BERSIH.

Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.

”Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.

“Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita,” katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

“Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan ’syura’ (berbincang).

Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.

Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. “Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik. -KLToday

p/s: Gua berani gerenti, Nik Aziz dan pencacai-pencacai dia mesti meroyan punya lah lepas ni.. Selama ni Nik Aziz ingat dia sorang je oleh “berfatwa”…, rupanya ada orang lain yang lebih layak dalam negara…

Sekarang ni.., Majlis Fatwa Negara dah kata umat Islam yang sertai BERSIH adalah berdosa besar.. So berani ke pengikut-pengikut PAS nak buat dosa 9 Julai nanti?

TERKINI !!! FRU terpaksa leraikan PERTEMBUNGAN Pemuda UMNO vs AMK..

Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.

Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR. AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’.

Selepas itu, Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.

Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal,‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.
Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama. – fmt

p/s: Errr…, komen gua.., patut tangkap je semua yang buat kecoh tadi tu… Menyusahkan orang betul lahh… Gua tak setuju betul kalau macam ni… Patutnya.., lain kali kalau nak buat havoc tu bagi lah tahu gua… Boleh lah gua join sekaki.. Hahahaha…