MISTERI!! Bas sarat penumpang kena alih dengan makhluk halus..

Di Jakarta.., seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,”

MISTERI !!! Mata ‘Dajjal’ muncul di langit Bandung???

Kota Bandung di gemparkan dengan cahaya aneh berbentuk Objek seperti mata bercahaya merah muda berjaya di rakamkan.

Cahaya aneh berbentuk mata di langit Kota Bandung terakam kamera telefon bimbit warga Cibaduyut, Zahra, pada Rabu 27 Jun 2012. Cahaya itu membuat banyak orang kepelikan.

Dari gambar itu, terlihat cahaya itu berbentuk lingkaran. Di bahagian tengah, berwarna putih seperti awan. Warna kemerahan itu mengelilingi warna putih tersebut.

Di atasnya, sebuah cahaya terang seolah membentuk sebuah garis. Di samping kanan dan kirinya lebih gelap dari garis tersebut. Belum diketahui pasti fenomena apa yang tertangkap kamera Zahra ini.

Ayah Zahra, Herman Bahriar (55), Mengatakan cahaya aneh itu dirakam oleh anaknya sekitar pukul 15.00 WIB.

“Zahra kemarin menagkap gambar awan tersebut sebanyak dua kali,” kata Herman di Bandung, Jawa Barat, kamis 28 Jun 2012.

Menurut Herman, anaknya itu menangkap gambar ke arah langit sebanyak dua kali. Zahra, kata dia, tidak melihat cahaya aneh itu sewaktu mengambil kedua foto tersebut.

Pada gambar pertama, cahaya itu tidak terlihat jelas. Baru pada gambar kedua cahaya aneh itu terlihat dengan jelas. “Terlihat jelas cahaya menyerupai bulatan yang dikelilingi cincin seperti mata,” kata Herman yang juga wartawan TVRI ini.

Herman bahkan terheran, ketika melihat hasilnya hampir serupa dengan unidentified flying object atau UFO yang sering ramai diberitakan di televisyen.

Dia ingin memastikan apakah cahaya aneh itu merupakan efek cahaya matahari di kamera telefon bimbit atau memang ada fenomena lain sewaktu Zahra memfoto langit pada Rabu siang itu. “Yang pasti ini bukan rekacerita dan saya jamin keasliannya,” kata dia memastikan. – VIVAnews

Satu lagi usaha KEJI dan JIJIK dari geng Pok Nik…

Gambar banner diatas ni gua jumpa dalam Facebook Pok Nik.. Tak tahulah pulak kat mana banner ni digantung beb sebab dorang tak tulis pulak di situ..

Tapi yang bestnya.., puak-puak pentaksub wali Pas secara membuta tuli tuduh Umno yang buat banner tu..

Bagi gua, kalau Umno yang buat banner tersebut, mesti gambar tu akan wujud dalam akaun Facebook ahli Umno terlebih dulu kemudiannya disebarkan melalui blog-blog..

Tapi ini nampak pelik beb.., kenapa gambar banner tu pertama sekali muncul dalam wall Facebook Pok Nik pulak..? Jangan-jangan.., geng Pok Nik sendiri yang buat banner tersebut…

Kita bukannya tak tahu perangai puak-puak jumud tu semua kannn.., dorang sendiri buat.., dorang sendiri gantung…, lepas tu sibuk nak tuduh Umno..

Dah banyak kali beb puak-puak Pakatan Laknatullah tu kantoi buat ‘kerja-kerja keji’ dorang tu.., jadi.., banner ni mungkin jugak kerja keji terbaru dorang…

Padah BERASMARA dengan isteri orang…

Akhbar Sinar melaporkan.., seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.