Habislah DAP!!! Kerajaan Perpaduan hampir jadi REALITI!!

Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.

Tetapi, siapakah yang menjadi dalang menolak perpaduan dan juga kerjasama diantara Umno dan PAS? Malangnya, dalang tersebut merupakan dari kalangan bangsa melayu sendiri yang tak mahu melihat ukhwah Islam dikalangan Bani Melayu.

Seperti kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), setelah Fadzil Noor dan Nik Aziz meninggal dunia, ia membuka ruang untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. Kenapa Nik Aziz dan Fadzil Noor? Kenapa bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang? Ia kerana kedua-dua arwah itulah yang paling lantang menentang penyatuan Umno dan PAS.

Anwar bukanlah pemimpin PAS.., dan Lim Kit Siang pula hanya seorang kafir yang mengepalai parti chauvinist DAP. Mereka ini sudah lama menggunakan beberapa pemimpin tua didalam PAS untuk tujuan menghancurkan Umno demi kuasa serta kepentingan peribadi. Kini Anwar berada didalam penjara.., Kit Siang berada di hujung usia.., dan dalang didalam PAS sudah kembali menemui Penciptanya.

Maka tiada alasan lagi untuk umat melayu didalam negara menolak untuk bersatu didalam satu barisan untuk memimpin negara ini bersama-sama. Hadi Awang sendiri diketahui merupakan penyokong usaha kerajaan perpaduan, dan Najib adalah seorang pemimpin yang mahu bangsa melayu kuat. Ini masanya yang paling tepat untuk Umno dan PAS bergabung!

Sirul senasib dengan Saiful Bukhari.. Diliwat sampai lembik..

Agak pelik apabila seorang penjenayah dipertahankan seperti jenayah tersebut tidak dilakukan olehnya. Atas alasan, penjenayah tersebut diarahkan oleh seseorang yang lebih besar pangkatnya diatas untuk melakukan jenayah. Tapi itulah yang dilakukan oleh pembangkang di Malaysia.

Cuba kita lihat kes Koperal Sirul Azhar Umar.., dia didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Saaribuu dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah. Kini Sirul melarikan diri ke Australia dan mengugut untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang mengarahkan dia melakukan pembunuhan tersebut.

Jika didalam kes Saiful Bukhari, ramai yang persoalkan kenapa Saiful tidak melawan ketika diliwat oleh Anwar, sekarang kita juga boleh pertikaikan kenapa Sirul tak melawan ketika “diarahkan” untuk membunuh seorang wanita? Kenapa Sirul terima arahan tersebut? Kenapa Sirul tak berfikir tentang nyawa seorang wanita yang dia hendak cabut?

Selepas Mahkamah jatuhkan hukuman, barulah Sirul sibuk mengatakan dia hanya menjalankan tugas. Dan kini baru sibuk mahu buat pendedahan kononnya. Persoalan yang ada sekarang, kenapa di Australia? Kenapa Sirul tak mendedahkannya di dalam Mahkamah semasa perbicaraan? Adakah Sirul nanti akan kata dia takut dibunuh atau diapa-apakan di Malaysia jika buat pendedahan?

Menurut sumber, imbuhan berpuluh juta RM menanti jika Sirul berkerjasama muncul dalam media Australia. Tak kisahlah sama ada pendedahan Sirul itu betul atau tak, yang pentingnya adalah keluar TV di negara kanggaru tersebut sambil mereka cipta pelbagai fitnah terhadap kerajaan Malaysia.

Pihak berhaluan kiri di Australia serta pembangkang di Malaysia nampak Sirul merupakan satu objek yang boleh dimanipulasi untuk menjatuhkan Najib Razak. Adakah ini bermakna bahawa Najib Razak mengarahkan Sirul membunuh Altantuya? Sudah tentu tidak tetapi persepsi akan timbul kerana Sirul bercakap setelah dibayar, bukannya dengan ikhlas hati.

Percayalah, jika Sirul menegaskan dia hanya “mengikut arahan” ketika membunuh Altantuya, kali ini dia juga semestinya “menerima arahan” untuk muncul di TV negara luar dan memburukkan Malaysia serta memfitnah pemimpin kerajaan. Arahan bunuh pun Sirul sanggup terima, inikan pula arahan untuk bercakap depan media dengan dibayar upah lumayan.

Apakah Sirul akan menolak kerja mudah jika “diarahkan” membaca skrip depan kamera TV? Sedangkan membunuh wanita yang lemah pun boleh dilakukan oleh Sirul, inikan pula membaca skrip yang langsung tak mengeluarkan setitik peluh pun.

Kita harus ingat, Koperal Sirul Azhar Umar merupakan seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), bukannya seorang ahli politik. Dan Sirul kini berdepan hukuman mati kerana membunuh seorang wanita. Seorang desperado seperti Sirul sudah tentu akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawanya termasuklah dijadikan alat oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Jangan terkejut nanti jika Sirul menuduh Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam “arahan” untuk membunuh Altantuya. Bagi seorang yang terdesak seperti Sirul, Tuhan pun mampu digadaikan hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri.

Rahsia Nurul Nuha yang ramai tak tahu..

Kenapa Nurul Nuha? Kenapa bukan Ihsan atau Wan Azizah yang dikatakan akan bertanding di kerusi parlimen P44 Permatang Pauh selepas Anwar dihumban ke penjara kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan?
Mungkin sebab perangai Nurul Nuha masih belum diketahui oleh rakyat Malaysia. Mungkin juga sebab Nurul Nuha adalah orang baru yang masih belum ada sebarang rekod menipu didalam politik seperti bapa, mak dan kakaknya.
Jadi orang yang masih polos serta baru seperti Nuha, senang menarik simpati rakyat khususnya majoriti melayu di Permatang Pauh. Tak perlu susah-susah berceramah, cuma hanya perlu buat muka kesian sambil bercerita tentang kesusahan bapanya yang dimasukkan ke penjara oleh kerajaan zalim. 
Dan Nuha akan selesa berdiri atas pentas sambil bercerita, sambil mengalirkan airmata kononnya sedih akibat bapanya yang tua di layan dengan kejam oleh kerajaan yang diktator. Cakap saja bahawa bapanya adalah pejuang rakyat menentang rasuah dan kerajaan jahat sedangkan bapanya didapati bersalah kerana liwat punggung lelaki!!
Wan Azizah sudah dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai ahli politik wanita yang hanya tahu bercakap sambil usung kipas hikmat ke hulu dan ke hilir.. Wan Azizah memang pandai berjanji tetapi buat bodoh bila sampai masa untuk tunaikan apa yang dijanjikannya.
Ini terbukti di Permatang Pauh dan juga Kajang. Sebab itu lah Wan Azizah tak berapa berani nak bertanding semula di kawasan suaminya. Wan Azizah takut jika rakyat di Permatang Pauh menghukum dirinya yang mengabaikan tanggung jawab menjaga kawasan berkenaan sebelum ini.
Nurul Izzah pula siapa tak kenal. Kononnya dia adalah wanita besi di Lembah Pantai kerana mampu menumbangkan pemimpin hebat dari Umno. Tetapi sebenarnya Nurul Izzah juga hanya menang kerana undi simpati hasil menjaja kesusahan keluarga sendiri. Nak kata pandai buat kerja, apa saja kemajuan yang Nurul Izzah buat di Lembah Pantai sejak dia menang disitu?
Nurul Izzah sibuk berpolitik mengutuk kerajaan sampaikan suami sendiri pun lari tinggalkan dia. Dan keluarga Nurul Izzah hancur hanya kerana wanita tersebut lebih rela “bersuamikan politik” berbanding manusia.
Jadi kesimpulannya, sekarang ini mungkin giliran Nurul Nuha pula menyertai keluarga ahli politik saudagar penipu menjual temberang di Malaysia. Anwar dah masuk penjara.., Wan Azizah sudah tua.., manakala Nurul Izzah pula sudah hilang laki. Nurul Nuha sajalah harapan baru untuk menyambung legasi kaki tipu family Anwar.
Tak percaya?? Tunggulah nanti episod seterusnya drama orang jual orang oleh Anwar Production.

Sapa artis yg sihir si Azwan Ali ni?? Jaafar Onn ke???

Kalau bukan kontroversi, bukan Azwan Ali lah namanya kann.. Artis yang sorang ni memang kita akui suka sangat publisiti murahan.. Ada-ada sajalah kontroversi yang dia buat untuk tarik perhatian peminat hiburan di Malaysia.
Nak kata berbakat.., ada la kot sikit-sikit bakat pada so called Diva AA ni.. Tapi semenjak usia semakin senja, bakat cari gossip murahan pulak yang banyak mamat ni hidangkan pada rakyat Malaysia.
Baru-baru ni, Azwan Ali meroyan kata dia sakit sebab kena sihir pulakk.. Kalau nak fikir secara logik, mulut tak ada insuran macam dia tu memang ramai je orang tak suka kann.. Sihir tu ok lagi lahh…, nasib baik tak kena lumur dengan cili.. Hahaha..
Kononnya yang sihir Diva AA ni adalah artis jugak beb.. Kata Azwan, artis tu berperwatakan lembut dan bernama “J”… Sapa agaknya J tu ye..? Takkan Jalaluddin Hassan pulak kot.. Datuk model iklan beras tu taklah lembut kann..
Yang lawaknya.., si Azwan ni tak pulak berani nak dedahkan dan bagi bukti bahawa si artis J tu sihir dia walaupun katanya ada bukti.. Elehhh.., setakat main tuduh macam tu je sapa pun boleh kann.. Apa barang menuduh tapi tak berani bagi bukti?? Dayus betull!!

“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelaki yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bisa di kaki saya. 


“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan artis ni lah punya kerja,” katanya.