Terima kasih Nik Aziz…., solat hajatmu termakbul…

Dua tiga hari sebelum hari mengundi, ada lebih kurang tiga solat hajat yang dianjurkan oleh puak-puak parti cap bulan di Tenang ni. Yang terakhir sekali ialah Munajat yang dikepalai oleh Nik Aziz sendiri pada pukul 4 pagi di Masjid Jamek Labis.

Solat Hajat dan jugak munajat ni dorang buat untuk memohon Allah bagi kemenangan kepada pihak yang benar semasa pengundian PRK Tenang. So, sekarang ni keputusan semua dah tahu…, BN menang bergaya dengan majoriti undi lebih dari yang dulu.

Gua taknak lah cakap lebih-lebih.., takut nanti riak baii… Tapi gua nak tanya sikitlah pada puak-puak PAS, Tuhan dah makbulkan doa korang dan jugak Tok Guru korang di Tenang. Tuhan dah menangkan pihak yang benar… Hehehehe..

Jadi, sepatutnya puak-puak PAS ni percaya segala takdir dan jugak ketentuan Allah. Tak patutlah dorang meroyan tuduh macam-macam bila dorang kalah kat sini. Bukankah dorang dah mohon dan berdoa minta pertolongan Tuhan?

Puak-puak UMNO/BN pun mintak benda yang sama jugak baii.., Allah itu maha mendengar dan maha berkuasa menentukan segalanya. Qada dan Qadar ni semua kerja Allah baii…

Takkan puak-pauk PAS tak nak percaya kepada Rukun Iman yang enam tuu.. Kan dorang lebih “tulen” islam dari pauk BN. Sepatutnya dorang lah lebih cool… Tak gitu ke?

So, terima kasihlah buat Nik Aziz yang mintak doa untuk kemenangan pihak yang benar di Tenang ni. Sekarang ni terbuktilah BN dipihak yang benar. Redha lah dengan apa yang terjadi yee… Hehehehe…

Pengundi cina Tenang buktikan mereka khianati jasa BN

Gua lihat secara keseluruhan, UMNO/BN telah berjaya memenangi semual kerusi DUN Tenang ni dengan majoriti yang lebih besar.

Tapi perlu diperhatikan jugak undi yang diberikan kepada masyarakat cina dikawasan Labis Tengah.

Walaupun BN menang besar disetiap peti undi melayu dan india, masyarakat cina dikawasan bandar jelas menolak BN dan melupakan jasa-jasa kerajaan terhadap dorang selama ni.

Paling ketara, Umno/BN tewas teruk di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Ni jelas berdasarkan keputusan berikut mengikut peti undi.

Keseluruhan jumlah undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin – Bandar Labis Tengah

Bandar Labis Tengah (S2&3): PAS – 519, BN – 211


Bandar Labis Tengah (S4): PAS – 209, BN – 90.


Bandar Labis Tengah (S1): PAS – 123, BN – 64.

Keputusan ni sekaligus membuktikan bahawa Umno/BN ditolak oleh pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. Secara tidak langsung membuktikan kepimpinan Chua Soi Lek ditolak di kubu kuatnya selama ini.

So, gua rasa lepas ni Chua Soi Lek kena kerja kuat lagi kalau nak kekalkan jawatan dia sebagai Presiden MCA. Kalau tak, MCA akan tinggal nyawa-nyawa ikan macam GERAKAN di Penang selepas PRU13.

Dan gua sarankan kepada Najib dan kepimpinan tertinggi BN, lepas ni hanya fokuskan pada masyarakat melayu dan India saja. Cina lantak pi kat depa lahh sebab dah jelas puak-puak ni tunjukkan isyarat jelas tolak kerajaan yang ada sekarang.

Kalau dorang susah lepas ni, suruh dorang cari Anwar, Kit Siang atau Nik Aziz!

Jangan bagi muka pada puak-puak tak kenang jasa macam dorang. Dorang nak susah, kita patut kabulkan segala niat dorang tu semua!

KEPUTUSAN TAK RASMI PRK N05 DUN TENANG… BN MENANG!!!!

BN 6698 PAS 2963

MAJORITI = 3735

ROSAK : 35

TUROUT : 71%

Setakat ini di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, penjumlahan undi untuk keputusan rasmi masih dikira. Apa yang gua dapat tahu, masih ada lagi 20 kotak undi yang belum diulang kira secara rasmi.

So, walau apapun keputusan yang rasmi nanti, gua yakin ia tak akan lari jauh dari jumlah sekarang ni.

Kemenangan BN di Dun Tenang ni telah membuktikan peneroka Felda generasi pertama menghargai tanggungjawab kerajaan. Walaupun sekumpulan generasi ke dua menjadi alat parti pembangkang, ia tetap tak memberi kesan kepada BN.

Cikgu Mala bolehlah cari kerja baru selepas ni. Tahniah kepada Calon BN Azhar Ibrahim.. Tunaikanlah segala janji-janji kepada masyarakat Tenang dan jadilah wakil rakyat yang berwibawa kepada rakyat disini.

Tahniah BN!!! Tahniah UMNO!!!

LIVE DARI PUSAT KOMUNIKASI BN !! Keputusan TAK RASMI pengundian PRK N05 Tenang…

10,585 atau 71.75 peratus sempat mengundi di PRK Tenang-apabila semua pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi.

KESELURUHAN JUMLAH UNDI SETAKAT INI….

BN 6698 PAS 2963


MAJORITI = 3735


ROSAK : 35

Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang
Peti Undi 1 : Kampung Redong : BN 462 PAS 105 – BN MENANG!

Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas: BN 220 PAS 48 – BN MENANG!

Dewan Masyarakat North Labis
Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara : BN 152 PAS 40 – BN MENANG!

Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur: BN 671 PAS 144 – BN MENANG!

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah: BN 365 PAS 801 – PAS MENANG!

Dewan Bola Keranjang JKKK Labis
Peti Undi 6: Labis : BN 400 PAS 306 – BN MENANG!

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang
Peti Undi 7 : Felda Tenang: BN 950 PAS 160 – BN MENANG!

Sekolah Kebangsaan Sawah Bharu
Peti Undi 8: Sawah Bahru: BN 212 PAS 55 – BN MENANG!

Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station
Peti Undi 9 : Tenang Station: BN 746 PAS 352 – BN MENANG!

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Voules
Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato: BN 352 PAS 99 – BN MENANG!

Sekolah Agama Felda Chemplak Barat
Peti Undi 11: Chemplak Barat: BN 838 PAS 142 – BN MENANG!

Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
Peti Undi 12 : Chemplak: BN 985 PAS 135 – BN MENANG!

Undi POS : BN 119 PAS 3

P/S: GUA AKAN UPDATE SEPANJANG MASA KEPUTUSAN. SILA KLIK REFRESH UNTUK KEPUTUSAN TERKINI !!!