Mansor akan lawan Guan Eng demi melayu Penang?

Korang rasa, berani tak Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Penang lawan Guan Eng secara berdepan?

Kat belakang mungkin dia berani la kot sebab apek kiasu tu tak ada depan mata dia.., tapi kalau face to face.., mampus dia tak berani beb..

Bukan setakat nak lawan cakap, nak angkat muka pun Mansor tak berani kalau Guan Eng ada depan muka dia..

So macam mana nak harap TKM1 Penang tu bela nasib orang melayu? Mansor nak jaga parti sendiri pun dia tak mampu.., apatah lagi nak jaga bangsa beb..

Yang termampu dibuat oleh Mansor cuma membodek cina melaka tu 24jam sehari.. Sambil tu, mengampu Ah Beng dari hujung rambut hingga ke kaki..

Sebab tu dia sanjung Guan Eng macam Tokong.. Silap haribulan.., bukan takat sanjung.., sembah pun tak mustahil dia buat beb… Hahahaha…

BUKIT MERTAJAM – Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman perlu membuang jauh sifat ‘penakut’ pada dirinya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng demi membela nasib orang Melayu di negeri ini.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Mansor sepatutnya berpendirian tegas dan bukan hanya patuh membuta tuli terhadap segala arahan Guan Eng.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi orang Melayu di negeri ini, Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang tidak boleh sekadar berdiam diri dan hanya melihat nasib kaumnya terus ditindas.

“Saya cabar Mansor memberanikan diri buka mulut bersuara kepada Guan Eng demi orang Melayu.

“Dia (Mansor) tidak boleh berdiam diri sahaja, jangan jadi penakut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

TERKINI!!!! Suspek rogol anak sendiri BUKAN pemimpin PKR…

Gua ditanya oleh seorang sahabat semalam.., betul ke ada pemimpin PKR yang ditangkap kerana merogol anaknya sendiri? Gua cuma iyakan saja tapi gua tak boleh dedahkan nama suspek kerana kes ni masih didalam siasatan Polis..

Gua cuma beritahu sahabat gua tu, suspek adalah pemimpin parti pro-pakatan di Pahang..

Dan dah ramai kengkawan blogger dedahkan kelmarin bahawa suspek adalah dari parti PKR dan pernah bertanding didalam satu DUN bagi Parlimen Jerantut pada 2008..

Namun gua nak jelaskan disini, suspek bukanlah dari parti PKR seperti yang dorang semua dakwa..

Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Fuziah Salleh didalam laman sosial Twitter dia.., pemimpin pembangkang yang ditangkap tu bukan dari parti Anwar..

Tapiiii…., itu bukan bermakna pemimpin terbabit tak mempunyai kaitan dengan PKR beb.. Gua dimaklumkan bahawa suspek adalah BEKAS ahli PKR dan memegang jawatan tinggi didalam PKR negeri sebelum ni..

Dan bila suspek keluar dari PKR, dia tak masuk UMNO atau sokong kerajaan.. Suspek join sebuah parti yang diketuai oleh bekas calon PRK Hulu Selangor yang kalah kepada calon MIC..

So…, korang dapat agak tak parti mana yang gua maksudkan? Dan bagi sesapa yang memang ikut perjalanan politik negara, dia mesti tau sapa suspek tersebut..

Apapun…, sekarang dah terbukti semua yang pro Pakatan tu memang tak boleh pakai beb.. Tambah-tambah pulak individu-individu yang ada kaitan dengan PKR..

Anwar didakwa atas kesalahan liwat dan juga ada koleksi video dengan chinadoll.. Eli Wong terbabit dengan skandal seks luar nikah dan gambar lucah..

Badrulamin pulak ditahan atas dakwaan berkhalwat dengan bini orang.. Dan sekarang ni, bekas pemimpin PKR pulak disiasat pasal sumbang mahram…

Kalau ada yang sokong lagi parti macam tu, gua pun tak tahu nak cakap apa dahh.. Hanya orang tolol je yang boleh terima pemimpin-pemimpin rosak akhlak macam tu beb..

Perkhidmatan LRT percuma sempena Hari Kemerdekaan..

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara ‘Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

“Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini,” kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.

Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

“Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

“Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

“Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket,” kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

“Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan,” katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

“Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

“Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.

[18SG] Rakaman CCTV Samun bersenjata di RnR Butterworth – Kulim Expressway

Kepada sesapa diluar sana dan juga pembaca blog gua yang menggunakan lebuhraya Butterworth Kulim Expressway terutamanya yang selalu berhenti di RnR tersebut, gua harap korang berhati-hatilah ye..

Gua dapat makluman bahawa kejadian samun khususnya terhadap penunggang motorsikal memang berleluasa di situ.. Yang jadi dalangnya ialah Mat-Mat rempit celaka dikawasan sekitar..

Macam yang korang boleh tengok dalam video dibawah, seorang pemuda telah disamun oleh dua ekor Mat rempit ketika dia sedang membayar duit bagi mengisi minyak..

Kejadian tersebut berlaku pada bulan puasa.., dan lagi lebih kurang seminggu sebelum umat Islam sambut Aidilfitri… WTF!!!

Bukan duit je kena samun beb.., motor mangsa pun mat rempit celaka tu rembat sekali…

Malangnya.., ada dua tiga orang pelanggan stesyen minyak tu hanya bertindak sebagai pemerhati bebas saja.. Termasuklah pekerja di stesyen minyak tersebut yang seakan disumpah jadi tunggul kayu…

Mentaliti macam ni lah yang buat gua malu dengan rakyat Malaysia.. Penakut nak mampus untuk bantu orang yang dalam kesusahan..

Nasib baik gua tak ada ditempat kejadian.., kalau tak, dah tentu ada yang jadi mangsa “pedang samurai” gua yang sentiasa tersedia dalam kereta..

So.., nasihat gua kepada semua rakyat Malaysia.., jangan biarkan negara kita jadi macam di China.. Dan jangan biarkan rakyat Malaysia tersenarai sebagai rakyat yang penakut kepada penjenayah!!