Coca-cola ada ALKOHOL..? Biar betul beb…

Walaupun Coca-cola ni tergolong dalam kategori minuman yang gua tak suka.., tapi pernahlah jugak gua minum.. Bohonglah kalau cakap tak pernah rasa kann..

Selama ni, gua tak pernah tahu pun apa kandungan yang ada dalam minuman ringan nih.. Then bila gua ternampak satu gambar didalam fesbuk berkenaan kandungan sebenar Coke tu, memang gua terkejut beb..

Tak sangka pulak yee.., formula rahsia yang disorok selama 125 tahun minuman Coke ni adalah alkohol..

Lepas ni gua akan hindarkan minum Coke ni.. Takkan mati kalau tak minum air tu beb.. Banyak lagi minuman yang ada di Malaysia untuk diminum selain Coke..

So.., kita tunggu je lah pihak JAKIM keluarkan kenyataan rasmi pasal isu terbaru ni.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh BACA DISINI..

Jawapan Terkini dari Wall Street Journal.. Anwar memang tak sokong Israel.

Lawak beb!! Gua rasa Anwar dah contact wartawan Wall Street Journal supaya tolong jawab isu sokongan dia terhadap Israel baru-baru ni dalam laman web tersebut.

Dan sekarang, The Wall Street Journal pun terpaksa keluarkan satu artikel bagi ‘menjernihkan keadaan’.. BACA SINI

Apa yang gua nampak, kenyataan terbaru dari Wall Street Journal ni semakin memerangkap Anwar..

Jika dalam artikel terdahulu TWSJ tulis Anwar menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel.., artikel terbaru pulak menunjukkan bahawa Anwar mendesak dunia mengiktiraf negara Israel jika Israel memberi kemerdekaan pada Palestin..

Ini bermakna, Anwar bukan saja menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.., tetapi dia juga secara peribadi mengiktiraf kewujudan negara zionis tu..

Malaysia is one of three Southeast Asian nations including Indonesia and Brunei that does not have diplomatic relations with Israel, though limited economic ties exist between private companies in both countries.

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”

Dengan sokongan Anwar terhadap Israel dan pengiktirafan kewujudan negara regim tersebut, gua rasa Anwar nak nafikan sejarah penjajahan Israel di bumi Palestin..

Anwar dan para pencacainya harus sedar, Israel laknatullah tak pernah ada negara.. Israel memulakan penjajahan terhadap bumi Palestin sejak tahun 1946 lagi.. Takkan puak-puak Pakatan semuanya buta sejarah?

Tanah yang diduduki oleh Israel laknatullah sekarang adalah milik rakyat Palestin!  Israel sebenarnya langsung tak ada negara!

Terang-terang Anwar mahu dunia serta penjilatnya dalam Pakatan mengiktiraf negara Israel dan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel jika hak Palestin dihormati..

Adakah Anwar Ibrahim lupa bahawa puak-puak kafir tak akan tunduk dengan umat Islam melainkan semua umat Islam mengikut telunjuk dorang?

Gua yakin, kalau Pakatan menang dalam PRU akan datang dan Anwar Ibrahim diangkat jadi Perdana Menteri, larangan rakyat Malaysia ke Israel dalam pasport sekarang ni akan dihapuskan..

Tak percaya? Bagilah undi pada Pakatan dan tunggulah kehancurannya nanti!

Nora Danish ada skandal dengan Mahasiswa?

Sapa tak kenal dengan pelakon cun ni beb.. Walaupun berstatus janda, Nora Danish tetap ‘menjadi igauan’ lelaki-lelaki dalam Malaysia..

Gua tak termasuk dalam senarai lelaki yang ‘gilakan’ Nora Danish sebab gua dah ada Maya Karin.. Lagi anggun dari Nora Danish beb.. Hehehehe..

Baru-baru ni, ada satu gossip panas yang mengatakan Nora Danish ada menjalinkan hubungan rapat dengan seorang mahasiswa.. Woha!!

Apa yang pasti, pakwe Nora Danish tu bukanlah Adam Adli yang tiga suku tu sebab dia dah digantung dari pengajian.. So Adam Adli tak layak digelar mahasiswa..

Tetapi, melalui satu temubual dengan wartawan hiburan Mstar, Nora Danish menafikan semua gossip-gossip liar tersebut..

Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta, IPTS yang jauh lebih muda darinya.

Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

“Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta,” kata Nora.

So.., dengan penafian dari tuan empunya badan..,  ada can lagilah kepada sesapa yang berminat pada Nora Danish tu.. Good Luck!

Proton Inspira R3.. Memang cun dan terlampau!!

Proton semakin bergaya apabila memperkenalkan model baru bagi Inspira iaitu Inspira R3. Memang cun banget beb..

Dilengkapi dengan bodykit R3 yang garang.., sportrim 18 inci x 7.5 Advanti Racing M8501.., tayar 225/40/18 92W YOKOHAMA AR01 Racing.., serta enjin MIVEC 1.8 manual.., gua yakin ‘makhluk’ R3 ni akan berdesup atas jalan waktu tak ada speedtrap..

Gua memang berminat dengan Inspira R3 ni tapi poket gua tak cukup tebal untuk melunaskan impian tersebut.. Harga atas jalan ialah RM78,549 bagi versi solid dan RM78,999 untuk versi metallic..

Mak aihhh…, harga tu dah boleh beli 10 biji kereta yang gua pakai sekarang…

So…, tak dapat kereta.., dapat review pasal Inspira R3 ni pun jadik lahhh.. Buat lepas geram.. Hehehe…