Anwar hanya pandai berjanji.., sebab tak perlu keluar modal..

Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.

Menurutnya, usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

“Usaha tersebut bermula 1970 lagi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Anwar hanya bercakap, sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.

“Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka

“Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan dengan apa diucapkan,” katanya.

Beliau berharap, rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah.

“Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.

“Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang” katanya.

Idris berkata, rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri nenegeri ditadbir kerajaan pembangkang.

Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu, PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.

Menurutnya, perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan.

Advertisements

Lelaki Afrika temui Peta SYURGA..

Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah “peta syurga” di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban, itu juga mengaku sebagai nabi.

Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksud. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik akhbar harian Sowetan.

Tidak cukup dengan pendedahan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Saat itu, katanya, dia singgah di sebuah planet Jadalem yang tertutup air dan ais.

“Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda,” Mthembu menjelaskan.

Kepada Sowetan, Mthembu mengisahkan, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatanginya di rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika “malaikat” itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.

“Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy,” katanya pada Sowetan.

Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.

“Sebenarnya yang terjadi pada hari itu adalah terjadi pertemuan besar di syurga, yang dsebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan setan,” terangnya.

“Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat,” ujar Mthembu.

Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.

“Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak,” kata seseorang yang melihat “peta syurga” di rumah Mthembu.

“Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya,” ujar pengunjung itu.

Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. “Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat,” katanya.

Selain membuat “peta syurga”, Mthembu juga menulis beberapa buku yang berisi perjalanannya ke syurga.

Awek Myanmar lagi HOT dari cewek Indon laa…

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir hari ini.

Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya Khamis.

Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut.

“Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.

“Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya,” katanya.

Najib berkata, Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Sambil menyifatkan rakyat Myanmar sebagai “rakyat yang sopan”, Najib berkata, ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk meneruskan dengan cadangan itu jika mereka mampu dapat menyeduaiakn diri dengan budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada Myanmar bahawa kira-kira 250,000 rakyat Myanmar telah didaftarkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P). – Bernama