GUAN ENG DESAK US TABAL ANWAR JADI PERDANA MENTERI.

Pakatan Rakyat menyatakan kepada Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice bahawa gabungan parti KEADILAN, Pas dan DAP yang sepatutnya menjadi kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.

Pakatan Rakyat memenangi 52% undi popular seluruh negara, walaupun dalam keadaan sistem pilihan raya yang tidak telus dan tidak adil.

Malah penipuan tersebut dibuktikan melalui kajian bersama yang dibuat Universiti Harvard dan University of Sydney.

“Manakala Anwar Ibrahim yang seharusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan Susan, semalam.

Hari ini, Susan Rice bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pertemuan itu Lim turut membangkitkan kebimbangan tentang kewibawaan sistem pilihan raya di Malaysia dan dizahirkan melalui himpunan membantah keputusan tersebut oleh berjuta-juta rakyat di Malaysia dan di luar negara.

DAP AKAN BERDEMO KALAU PAS BUAT HUDUD.

Teo Nie Ching yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Kulai mahu PAS ‘menahan nafsu’ mereka didalam perlaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata, Brunei yang sebelum ini ingin melaksanakan undang-undang itu yang sepatutnya bermula semalam pun telah menangguhkan pelaksanaannya.

“Pada Oktober lalu, Brunei mengumumkan undang-undang syariah baru akan diperkenalkan. Namun, negara dengan dua per-tiga rakyatnya beragama Islam itu telah menangguhkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Memetik laporan Brunei Times, Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam Brunei Jauyah Zaini berkata, pelaksanaan undang-undang itu ditangguhkan atas ‘sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’. Tiada tarikh pasti yang diumumkan berhubung pelaksanaan itu.

Beliau juga memberi contoh Tunisia yang menjamin pemisahan undang-undang dan agama serta melindungi kebebasan rakyatnya dalam draf perlembagaan negara itu awal tahun ini.

“Malah, Parlimen Tunisia juga mengesahkan beberapa artikel dalam draf Perlembagaannya yang mengambil prinsip ‘negara sivil’ tanpa menjadikan Islam sebagai sumber perundangan, serta jaminan bukan sahaja kepada kebebasan beragama dan mengamalkan agama, malah kebebasan nurani,” katanya lagi.

Justeru, katanya lagi, sudah tiba masanya PAS Kelantan mengambil contoh negara-negara ini dan memahami pelaksanaan hudud tidak selari dengan Perlembagaan serta kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Isu hudud timbul semula selepas PAS bercadang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaannya di Parlimen Jun ini.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan DAP dan PKR tidak berhak menghalang pelaksanaannya di negeri itu, ekoran PAS hanya bersetuju mengenepikan agenda itu di peringkat persekutuan.

Menyifatkan alasan itu sebagai lemah, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu mengingatkan PAS bahawa ia memperoleh sokongan besar melalui kerjasama dalam Pakatan.

“Benar hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Namun, kini sudah tahun 2014 dan PAS bersama-sama DAP dan PKR telah menubuhkan Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum lalu, undi kepada PAS bermakna undi kepada DAP dan PKR, begitu juga sebaliknya.

“Sudah tiba masanya untuk PAS Kelantan memandang ke hadapan,” katanya lagi.

VIDEO GUAN ENG MENGAKU KANTOI TIPU PDRM.

Ketua Menteri DAP P.Pinang hari ini menafikan bahawa beliau menuduh Polis tidak hadir pada majlis pengkebumian Karpal Singh.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa dia hanya mempersoalkan ketiadaan pihak Polis semasa perarakan Karpal Singh ke Dewan Sri Pinang dan juga semasa ketibaan TYT Negeri sahaja.

Selain itu, Lim Guan Eng juga membuat kenyataan bahawa dia amat berterima kasih kepada anggota Polis yang bertugas, tetapi hanya terkilan dengan ketiadaan Polis semasa perarakan mayat sahaja.

Ini bercanggah dengan kenyataan awal Guan Eng sebelum ini yang menuduh Polis tidak menjalankan tugas mengawal majlis pengkebumian pemimpin DAP tersebut.

Guan Eng juga sebelum ini bertegas akan melakukan siasatan keatas PDRM P.Pinang kerana dikatakan membiarkan lalulintas tidak terkawal semasa hari berkenaan. ~MPP News


RESPON MUFTI PERAK TENTANG KUBUR BERCAHAYA.

Mufti Perak Tan Sri Harussani ketika diminta mengulas tentang kejadian kubur bercahaya di Perak, menyifatkan ia memberikan tanda baik ke pada si mati jika ia benar berlaku.

“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,”

Semalam media dihebohkan mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.