UMNO akan buat sessi jelajah penerangan untuk rakyat sebelum PRU14..

Satu siri jelajah penerangan akan berlangsung pada tujuh November ini oleh Jabatan Penerangan UMNO dan BN untuk memberi peluang kepada pemimpin bertemu rakyat di peringkat akar umbi bagi menjelaskan isu-isu berhubung dasar-dasar negara, ekonomi dan juga isu semasa yang sering dimomokkan hari ini.

Pendekatan ini juga bertujuan membuka minda rakyat supaya faham dengan semua agenda kerajaan menjelang belanjawan akan datang. Hal ini sedikit sebanyak membantu masyarakat untuk memahami rancangan-rancangan yang bakal diwujudkan oleh kerajaan semasa sidang parlimen nanti.

Justeru, semua pemimpin UMNO digesa untuk memastikan perkara itu sampai secara terus kepada rakyat tanpa menggunakan media kerana kaedah bersemuka bersama rakyat memberikan impak positif. 

Sehubungan itu, pemimpin juga boleh memberikan penjelasan dan berdialog untuk mengumpul maklum balas daripasa rakyat mengenai perkara berbangkit nanti.
“Saya harap dengan pendekatan seperti ini, selain daripada menggunakan media massa, ianya dapat memberikan mesej kerajaan dan penjelasan berhubung program kerajaan kepada rakyat dengan lebih dekat dan terus daripada mereka-mereka yang terlibat,” ujarnya

Penerangan seperti inilah yang mungkin ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana mereka boleh berkomunikasi secara terus bersama pemimpin. Hal ini juga dapat meningkatkan kepercayaan terhadap parti kerajaan kerana mempunyai barisan pemimpin yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat.

Berbeza dengan parti pembangkang, mereka lebih memilih untuk berpolitik sepanjang masa dan sibuk membuat pencalonan untuk mengantikan Perdana Menteri.

Ternyata mereka lebih mementingkan kuasa dan jawatan, namun tanpa segan silu semasa pilihan raya mereka menyeru rakyat untuk menyokong dan membuang undi demi kepentingan mereka sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s