Malaysia akan hantar lebih ramai pelajar ke Jerman.. – Najib

Berita menggembirakan buat pelajar-pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman…..

Buat mereka yang bercita-cita mahu melanjutkkan pelajaran ke negara itu, sudah mampu tersenyum apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan akan menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman pada masa depan.

Najib berkata, beliau akan mengusulkan perkara ini terlebih dahulu kerana melanjutkan pelajaran ke negara itu merupakan satu tindakan yang positif dan perlu dipertimbangkan.

Jelas Najib, pertimbangan ini perlu dibuat memandangkan terdapat sedikit masalah yang perlu dihadapi para pelajar iaitu masalah perhubungan kerana Jerman menggunakan bahasa negara mereka berbanding menggunakan Bahasa Inggeris.

“Saya mengambil kira yuran pengajian adalah percuma di Jerman dan satu-satunya halangan adalah bahasa tetapi jika anda dapat menguasai tahap bahasa Jerman yang tinggi, menghantar pelajar ke Jerman adalah tindakan positif untuk dipertimbangkan,” kata Najib dalam majlis makan malam bersama warfa Malaysia di Jerman.

Apa yang boleh diperkatakan…., ini merupakan satu komitmen kerajaan bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang dengan menghantar pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman… Bukan setakat mahu menghantar, kerajaan juga mahu menambah jumlah pelajar sedia ada.

Dalam masa sama, Najib turut memuji pelajar yang telah melanjutkan pelajaran di negara itu dengan mengatakan beliau berbangga dengan pelajar Malaysia yang telah berjaya di negara itu.

“saya bangga apabila mengetahui anda telah lakukan yang terbaik dan berbangga pelajar kita telah berjaya di Jerman,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s