DAP tak berani buat pilihanraya awal di P.Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan membantah cadangan supaya kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya awal di negeri itu sebagai tanda bantahan terhadap usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menurut Kon Yeow, cadangan supaya kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya awal sebagai tanda bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu dibangkitkan kerana tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya.

Hahaha… Rasa kelakar pula bila Kon Yeow memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya awal sebagai tanda bantahan…. Kenapa tiba-tiba Kon Yeow mengatakan tiada keperluan?? Sebelum ni bukan main lagi duk kata pilihan raya awal perlu diadakan kerana ia satu keperluan…. Ni cakap lain pula.

Kalau tak ada keperluan…. Kenapa DAP beriya-iya sangat mendesak kerajaan PKR Selangor untuk mengadakan pilihan raya awal di negeri itu?? Bila suruh buat di negeri pentadbiran DAP, pandai pula kata tiada keperluan sebagainya.

Sebelum ni, masa Guan Eng didakwa di mahkamah atas 2 tuduhan rasuah…. DAP bukan beriya-iya lagi nak adakan pilihan raya awal, konon-konon nak buktikan Guan Eng tu tak bersalah….. Adakah nak buktikan Guan Eng bersalah atau tak itu satu keperluan??

Tambah Kon Teow, isu untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang sebenarnya tidak berbangkit kerana ia bukan satu keperluan yang perlu ditekankan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Saya rasa kalau nak buat PRN sudah buat, tetapi…. buat masa sekarang, perkara itu tidak berbangkit,” kata Kon Yeow.

Sudah-sudahlah DAP…. Kalau nak adakan pilihan raya awal di Selangor… Adakan pilihan raya awal di Pulau Pinang terlebih dahulu… Jangan memandai mendesak orang lain untuk mengadakan pilihan raya awal, tapi DAP sendiri takut untuk adakan pilihan raya awal.. Takut kalah ke???

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s