Golongan wanita tak berminat serta Parti Cap Bunga Mahathir.

PPBM cuba menyerang rakyat dari semua negeri kerana terlalu taksub untuk mendapatkan jumlah ahli yang tinggi menjelang PRU14. Pelbagai cara digunakan untuk memperdaya rakyat bagi menyokong parti itu supaya dapat mengalahkan BN kali ini serta dapat mengulingkan kerajaan.

Mungkin disebabkan sudah terdesak untuk mengulingkan kerajaan, mereka menggunakan pelbagai medium untuk memudahkan rakyat mendaftar sebagai ahli PPBM. Tidak cukup dengan membuka payung di pasar malam, keahlian secara online juga sudah dibuka. Kali ini, ada cara baru pula digunakan untuk meraih keahlian daripada kaum wanita.

Anina Saadudin, bekas wanita UMNO Langkawi telah mengambil pendekatan baru supaya membolehkan wanita menjadi ahli. Beliau juga menyeru semua kaum wanita profesional, pekerja swasta dan awam ataupun suri rumah yang mahu bergerak aktif menjadi sayap Srikandi PPBM boleh menghubungi beliau secara terus.

Nampaknya, Anina semakin giat mencari golongan wanita untuk menyertai parti itu terutamanya di kawasan Langkawi.

Ada yang berpendapat, keahlian anggota PPBM tidak ramai seperti yang dicanangkan oleh beliau sebelum ini. Jadi sebab itulah beliau sangat terdesak hinggakan kaedah Whatsaap juga digunakan untuk memberi peluang kepada wanita yang ingin menyertai PPBM.

Keadaan terdesak yang ditunjukkan sejak mula penubuhan PPBM telah memberi gambaran bahawa mereka tidak akan kekal sekiranya tidak mempunyai agenda yang khusus terutamanya mengenai rakyat. Hal ini kerana parti mereka ditubuhkan hanya untuk melepaskan dendam peribadi semua pemimpin yang ada di dalam PPBM.

Bukan itu saja, PPBM juga adalah parti yang akan menghancurkan orang-orang melayu kerana sudah banyak parti politik tanah air diterajui oleh melayu. Dengan pertambahan parti PPBM sudah tentu perpecahan kaum melayu pasti akan berlaku.

Walaupun apa cara yang digunakan PPBM, rakyat sepatutnya tidak mudah mempercayai mereka kerana sudah jelas parti ini tidak menunjukkan agenda untuk membela nasib rakyat, malah mereka hanya menetapkan satu sahaja agenda parti iaitu menjatuhkan DS Najib Razak dan mengulingkan kerajaan sedia ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s