DAP P.Pinang anggap Nelayan Kuala Muda Bodoh??

Sebelum ini, seorang nelayan di Kuala Muda Pulau Pinang mendakwa bahawa hakisan pantai yang berlaku di kawasan itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penambakan laut di negeri itu.

Namun, dakwaan itu disangkal oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dengan mengatakan hakisan pantai yang berlaku itu berpunca daripada musim tengkujuh.

Jelas Kon Yeow, musim tengkujuh yang berlaku pada akhir bulan Julai yang lalu, telah menyebabkan berlakunya hakisan di pantai Kuala Muda kerana musim tengkujuh itu membawa ombak kuat ke kawasan itu.

“Saya fikir perubahan musim di pantan berhampiran Hotel Rasa Sayang pada tahun-tahun tertentu mengakibatkan berlakunya perubahan keadaan di sana. Pada hujung tahun, selalunya keadaan pantai berhadapan Hotel Rasa Sayang sampai mencecah laman Hotel Rasa Sayang.

“Pada waktu lain, pantai berubah disebabkan berubahnya musim, mungkin inilah keadaannya yang terjadi di pantai Kuala Muda,” kata Kon Yeow.

Rasa kelakar pula dakwaan pemimpin DAP ini… Demi mahu menutup kesalahan yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang…. Kon Yeow sanggup mengeluarkan kenyataan menyalahkan musim tengkujuh sebagai punca berlakunya hakisan pantai.

Itulah sikap-sikap yang ada dalam setiap pemimpin DAP…. Bila mereka sudah kantoi dalam sesuatu isu, mereka pasti akan mengalihkan isu tersebut dengan menuding jari atau mencari alasan yang tidak munasabah…. Macam kes hakisan pantai di Kuala Muda, Penaga inilah.

Rakyat bukannya bodoh dan tahu bahawa hakisan pantai ini berlaku berpunca daripada projek penambakan laut oleh kerajaan DAP negeri…. Tapi kerajaan negeri cuba menyalahkan musim dalam isu ini….

Perkara ini amat menggelikan hati kerana DAP langsung tak menggunakan otak untuk berdalih kepada rakyat. Kenyataan DAP ini harus dilihat sebagai cubaan untuk membodohkan para nelayan di kawasan tersebut!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s