DAP kelirukan rakyat dengan mitos persempadanan semula..

DAP semakin rakus dalam berpolitk semenjak agenda mereka untuk mengulingkan kerajaan gagal. Yang terkini DAP menuduh persempadanan semula di Selangor dilakukan untuk memberi peluang kepada Pengerusi UMNO Selangor, TS Noh Omar dilantik sebagai Menteri Besar.

Agaknya, DAP semakin terdesak untuk mengelirukan rakyat apabila mengait isu persempadanan semula dan mendakwa pula Noh akan diberikan jawatan sebagai MB selepas persempadanan tersebut diadakan. Modal murahan seperti ini akan memberikan gambaran buruk kepada kerajaan.

Menurut exco pemuda, Dazma Shah Daud kenyataan hasutan itu dilakukan Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer. Kenyataanya dikatakan berbaur hasutan apabila meminta rakyat menentang persempadanan semula dengan alasan ia adalah agenda BN bagi melantik Noh sebagai MB.

Kenyataan manipualsi memang tidak asing lagi daripada mainan politik DAP. Oleh itu, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghasut dan mengelirukan rakyat bagi menjaga kepentinggan politik mereka. Sebab tu, rakyat harus berhati-hati dengan DAP kerana dakyah mereka boleh menjadikan perpecahan kaum.

“Saya mahu tegaskan persempadanan semula ini tiada kaitan langsung dengan agenda untuk lantik sesiapa sebagai MB (menteri besar)..Saya minta rakyat Selangor jangan mudah terpengaruh dengan propaganda DAP itu, Jangan hanya tahu nak mengadu domba sana sini dengan buat macam-macam cerita tak berasas, amalkan cara berpolitik matang,” katanya

Isu persempadanan semula juga kian rancak dimainkan DAP untuk dijadikan modal serangan kepada BN. Oleh itu, dakyah songsang seperti ini digunakan untuk memudahkan mereka mencari sokongan rakyat bagi menentang kerajaan.

Sebaliknya, perkara yang dicanang DAP ini hanya dusta belaka. Rakyat Selangor seharusnya lebih peka dengan permainan politik pembangkang di negeri tersebut dan memberikan peluang kepada BN pada PRU14 bagi menentang pembangkang yang selama ini tidak menjaga kepentingan rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s