Mukhriz tak berani keluar dari Kedah..


Sudah terang lagi bersuluh… Niat Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyokong tindakan bapanya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti baharu sebenarnya membawa agenda yang tersembunyi.

Tidak dinafikan lagi… Tujuan penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah untuk membalas dendam… Disebabkan itu Mukhriz membuat pendedahan yang dia akan bertanding di kawasan Kedah.

Kawasan yang mana satu tidak pulak diberitahu… Namun apa yang pasti Mukhriz akan bertanding di Kedah bagi membalas dendam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Bagaimanapun Mukhriz membuat penafian bahawa dia akan bertanding di Putrajaya.

“Saya sendiri akan mengetuai PPBM di Kedah (Pengerusi PPBM Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah. Kawasan mana biarlah dirahsiakan dulu.

“Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah,” katanya.

Agak korang Mukhriz akan bertanding dan merebut semula tak jawatannya yang tercicir sebagai ADUN Ayer Hitam yang lalu… Mana tahu kot nak bertanding bagi kerusi Parlimen Jerlun lagi sekali.

Kalau tak di Ayer Hitam dekat mana lagi?? Tak kan bertanding merebut jawatan Menteri Besar kot… Nak cantas Datuk Seri Ahmad Bashah Mad Hanipah agaknya.

Takpe kita layan je dulu perangai tak matang Mukhriz ni… Nak masuk bertanding pun takde masalah kita tengok je pemimpin mana yang dipilih rakyat… Setakat dipilih atas belas kasihan tak guna jugak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s