Calon muda patut diberi peluang pada PRU14.. – KJ


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mencadangkan calon-calon muda diberi kepercayaan untuk bertanding pada pilihan raya di Sabah akan datang.

Ekoran itu… Khairy mahukan sebanyak 13 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah itu diberikan kepada calon muda untuk meraih pengalaman dan memberi sentuhan baru dalam kepimpinan.

Peluang tersebut dipercayai dapat mengasah bakat serta memberi pengalaman baru kepada golongan muda…. Ia juga perlu bagi memastikan semangat pelapis muda sentiasa ada dan memberi sokongan kepada orang lama dalam politik.

Menteri Belia dan Sukan itu turut menjelaskan sentuhan baru ini bakal menambah rencah dalam pentadbiran kerajaan… Ia juga bakal menghebatkan lagi dengan kebijaksanaan teknologi terkini dan kaedah baru yang diperolehi calon muda.

Namun begitu… Pengalaman serta kebolehan orang lama juga perlu dalam membimbing golongan muda ini dalam usaha mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri orang muda… Saling tolong menolong dan nasihat menasihati.

“Bagilah peluang kepada anak muda… kenapa anak muda tidak boleh diangkat dalam pilihan raya yang akan datang.

“Bukan semua kita minta tetapi kita minta selayaknya kita untuk diberikan peluang,” katanya.

Sebanyak 13 kerusi DUN telah diluluskan pada Ogos lalu… Ini menunjukkan bahawa kerusi DUN di Sabah bertambah sebanyak 73 kerusi.

Antara kerusi-kerusi yang mengalami agihan baru adalah Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s