Khalid Ibrahim kini bersedia untuk masuk PAS.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa dirinya telah bersedia untuk menyertai Pas selepas dipecat dari PKR pada kemelut Menteri Besar Selangor, tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.

Wahhh… Akhirnya Khalid Ibrahim telah mengumumkan dirinya memang mahu menyertai Pas setelah ditikam oleh bekas parti, PKR demi kelangsungan politik legasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini telah difitnah oleh PKR demi memastikan kedudukannya sebagai Menteri Besar diambil oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah…. 

Namun usaha PKR untuk memastikan Wan Azizah dapat menjadi Menteri Besar gagal kerana tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor…. Usaha tersebut menjadi satu usaha yang sia-sia!!
Jelas Khalid Ibrahim, beliau telah bersedia untuk menyertai parti Islam itu dan bersedia untuk melafazkan bai’ah seperti yang telah ditetapkan oleh parti Islam tersebut.

Tambahnya, walaupun telah bersedia untuk melafazkan bai’ah, beliau terpaksa menunggu satu masa yang sesuai kerana mahu menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Saya sudah bersama Pas tetapi belum menjadi ahli lagi. Saya ada masalah integriti yang perlu diselesaikan sebelum membuat keputusan. Sebelum ini integriti saya dipersoal, dakwaan di mahkamah sampai lebih kurang 89 muka surat. Tapi PKR sudah minta maaf,” kata Khalid Ibrahim.

Masuk sajalah Khalid Ibrahim… Tak payah nak tunggu masa atau tunggu kes dengan PKR tu selesai… Semua orang dah tahu yang Khalid Ibrahim memang menjadi mangsa ‘kerakusan’ PKR.

Dalam Pas nanti Khalid akan lebih dihargai berbanding dalam PKR yang semua jenis tikam belakang tu.. Nak heran apa kann.., Ketua Umum dorang pun meringkuk dalam penjara sebab kes ‘tikam belakang’ jugak.. Hahaha..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s