Ini sebab sebenar kenapa Mahathir tak bawa Kit Siang mengadap Agong.

Kisah Tun Mahathir yang pulang dengan perasaan kecewa semasa mengadap Agong bagi menyerahkan tandatangan yang diperolehi dalam Deklarasi Rakyat, mendapat maklum balas daripada banyak pihak.

Dengan riak muka yang sugul apabila meninggalkan Istana, sudah tentu ramai mampu mengagak bahawa beliau tidak dapat apa yang di idamkan selama ini.

Difahamkan, perjumpaan tersebut gagal setelah Agong mempersoalkan ketulenan tandatangan yang berjaya dikumpul. Boleh jadi lah sebab tu Mahathir meninggalkan Istana degan riak muka sedih kerana DS Najib Razak belum dapat digulingkan.

Sia-sia sajalah usaha Mahathir serta konco2nya walaupun mereka sudah berusaha berjumpa dengan Agong bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Tapi apa yang menghairankan, kenapa Mahathir tak bawa Lim Kit Siang bersama semasa perjumpaan tersebut? Adakah beliau risau Agong tak dapat menerima pemimpin DAP kerana sering bersikap rasis?

Patutnya Mahathir bawa sekali Kit Siang jumpa Agong kerana bukankah bapa Guan Eng tersebut adalah sahabat karibnya dan juga merupakan peneraju utama dalam Deklarasi Rakyat.

Tetapi, ramai yang beranggapan Mahathir bersendirian semasa mengadap Agong kerana ada hal lain yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Kit Siang. Sebab tu, watak terbesar di dalam Deklarasi Rakyat juga dilupakan demi mengejar kepentingan diri dan dendam peribadi.

Ramai penganalisis politik berasa Mahathir sudah merancang hanya akan menggunakan DAP sebelum Deklarasi ini berjaya kerana ingin mendapat semua sokongan penyokong Pakatan Harapan. Selain itu, hubungan baik ini sengaja dicipta untuk mengaburi mata rakyat kerana sebelum ini Mahathir dan Kit Siang adalah musuh ketat selama berabad.

Namun, apa saja taktik Mahathir sebelum ini, beliau terpaksa akur kerana Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri.

Walaupun, sudah berbaik dengan musuh ketat dan menubuhkan parti baru.., misi Mahathir belum tercapai. Selepas ini rasanya Bersih 5 pula menjadi sasaran beliau bagi mengulingkan Najib.

Kesian Mahathir.. Dah tua-tua pun tak habis berpolitik. Nampaknya ia takkan terhenti selagi beliau masih belum masuk kubur!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s