Guan Eng bakal dihukum kerana Hina Mahkamah


Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh hari ini memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara (AG) Mohd Apandi Ali untuk memulakan prosiding kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menghina mahkamah tempoh hari.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa bentuk penghinaan apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng sehingga mahkamah telah memberi kebenaran Guan Eng didakwa di mahkamah.

Korang pasti ingat lagi kes Guan Eng kantoi membeli banglo mewah dengan harga yang cukup murah dari harga pasaran dan penjualan tanah di Taman Manggis…. DIsebabkan kes-kes ini, Guan Eng telah diheret ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Lagipun, Guan Eng diheret ke mahkamah disebabkan tindakannya sendiri…. Guan Eng yang telah kantoi melakukan perbuatan terkutuk ini, bagaimanapun enggan menjelaskan kepada orang ramai… Apa yang dilakukan Guan Eng, pandai mencari alasan untuk memutar-belitkan keadaan.

Bila dah diheret ke mahkamah dan didakwa, Guan Eng mula menghina prosiding mahkamah apabila mempertikai dan menjaja cerita pendakwaannya di luar mahkamah.

Guan Eng mendakwa, beliau merupakan mangsa keadaan politik di negeri itu…. Beliau tidak bersalah tetapi di heret ke mahkamah atas 2 dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Tak kisahlah bersalah atau tidak…. Tapi kenapa Guan Eng sampai perlu mereka-reka cerita kononnya dirinya tidak bersalah…. Guan Eng seakan menuduh sistem kehakiman negara berat sebelah.

Kalau diri tu memang terbukti tidak bersalah atas dakwaan-dakwaan ini…. Kenapa Guan Eng perlu mempertikai sistem kehakiman negara?? Buktikan diri tu tak bersalah di dalam mahkamah…. Bukannya buktikan di atas jalanan!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s