Bersih 5.0 akan pujuk PAS bergabung dengan DAP di jalanraya..

Selepas Bersih 5 mengumumkan mahu mengadakan perhimpunan pada 19 November nanti, kedengaran suara-suara sumbang menggesa penganjur himpunan itu untuk memujuk Pas supaya bersama-sama dalam himpunan itu.

Menurut suara-suara sumbang terbabit, Bersih perlu memujuk Pas untuk bersama dalam himpunan itu kerana Pas jelas memberikan impak yang positif dalam perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini.

Persoalannya, adakah Pas akan mahu menyertai himpunan itu yang jelas turut disertai DAP?? Lagipun, mahukah Pas menyertai himpunan itu semula selepas parti Islam itu sebelum ini telah menarik diri dan tidak akan menyertai himpunan tersebut??

Rasanya tak perlulah korang nak menggesa Bersih supaya memujuk Pas untuk menyertai himpunan itu…. Tiada keperluan pun untuk Pas terus bersama dalam himpunan terbabit….

Lagipun Bersih ni pro Pakatan Harapan dan Pas sudah tiada kena mengena dengan pakatan tersebut…. Pas kini mula mengorak langkah secara bersendirian.

Bukan itu saja, rasanya korang sendiri pun tahu yang penganjur himpunan Bersih sebelum ini juga membantah cadangan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini….

Jadi, sudah pasti Pas tidak akan bersama mereka yang membantah hukum hudud yang diperjuangankan parti itu selama ini.

Daripada Pas sertai himpunan itu bersama parti pembangkang yang lain, lagi bagus Pas jadi seperti Himpunan Baju Merah… Pas buat satu lagi kumpulan untuk sama-sama turun pada tarikh himpunan tu.

Pas kalau nak turun sebagai satu kumpulan yang baru…, disarankan turun dengan mengenakan baju berwarna hijau… Nanti himpunan tu boleh dinamakan himpunan ‘trafik light’… Merah, kuning dan hijau..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s