PAS tetap teguh pertahankan Akta 355 walaupun ditentang..


Sesi dialog diantara Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang bersama Persekutuan Persatuan Hokkien ( PPH) tidak memberi impak yang positif mengenai pencerahan Pindaan Akta 355.

PPH masih tidak memahami situasi tersebut walaupun mereka telah menerima kunjungan daripada Hadi sendiri bagi menjelaskan isu itu.

Menurut Nasrudin Hassan, sebarang tindakan penentangan terhadap Islam ataupun Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya akan merendahkan moral dan peribadi sahaja.

Oleh yang demikian, kunjungan mahabbah telah dilakukan oleh Hadi untuk mencapai persetujuan semua pihak bagi menjalankan akta ini.

Namun, kunjungan tersebut masih belum cukup untuk kaum cina memahami pindaan yang diusulkan oleh PAS. Ada kemungkinan, persatuan hokkien juga telah termakan dengan dakyah DAP yang menentang pindaan ini.

Oleh itu, walaupun PAS mengadakan kunjungan bagi memberi penjelasan, mereka tidak dapat menerima kerana adanya pengaruh DAP yang kuat.

Boleh jadi, mereka belum faham dengan hanya sekali pertemuan. Mungkin, penerangan tersebut perlu kerap dilakukan bagi membolehkan mereka memahami dengan jelas mengenai Islam terutamanya Pindaan Akta 355 yang ditolak keras oleh kaum cina.

“Walaupun Presiden PPH, Datuk Khoo Chai Kaa menegaskan bahawa beliau tidak memahami penjelasan yang telah diberikan dan berhasrat akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah Pindaan Akta 355, kami akan terus membuka ruang untuk berdialog,” katanya

Justeru, PAS tidak akan penat untuk berdialog dengan sesiapa sahaja berhubung isu ini untuk memberi pemahaman yang secukupnya mengenai kedudukan sebenar akta tersebut.

Bukan itu saja, penjelasan itu perlu diperluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s