Kenapa pembangkang takut dengan persempadanan semula??

Bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan cadangan untuk membuat persempadanan semula, pemimpin-pemimpin pembangkang begitu ‘takut’ dan terus menghentam cadangan tersebut.

Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa, cadangan yang diketengahkan oleh suruhanjaya itu dibuat bertujuan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang ini dipercayai bagi memenangkan Barisan Nasiona/Umno dalam pilihan raya.

Persoalannya, tang mana cadangan ini dapat membantu memenangkan Barisan Nasional/Umno seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin parti pembangkang?? Jika persempadanan semula dilakukan, bukankah ia memberi kesan kepada semua pihak??

Tak kisahlah apa dakwaan yang dilemparkan pemimpin pembangkang terhadap SPR…. Tetapi, pemimpin pembangkang tahu tak yang persempadanan tersebut hanya merupakan satu cadangan, bukannya satu pelaksaan yang akan dilakukan secara membabi buta.

Dah namanya pun cadangan…. Kalau tak setuju, bantah gunakan saluran dengan betul…. Jangan main tembak melulu je…. Ni tidak, duk membantah di tepi jalan, lepas tu mencanangkan kononnya suruhanjaya itu berat sebelah.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pun menggesa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut supaya membantah menggunakan saluran yang betul…. Lagipun, kelulusan pelaksanaan itu hanya ditentukan oleh Dewan Rakyat, bukannya badan suruhanjaya tersebut.

“Kuasa meluluskan syor-syor itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat, setiap ahli parlimen boleh membahaskannya semasa pembentangan di Dewan Rakyat,” kata Hashim Abdullah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s