N.Izzah kena belajar dari Azwan Bro pasal Persempadanan semula Selangor…

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak puas hati sangat dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk persempadanan semula kawasan Selangor…, boleh la menuntut ilmu dekat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Azwan atau lebih mesra dipanggil Azwan Bro ini dengan rela hatinya akan menyekolahkan korang yang tak faham bahasa dan nak sangat bantah cadangan SPR tersebut dengan cara yang tak betul…

Lain kali kalau nak buat bantahan…, ajukan jela kat SPR dan bukannya melalak tak tentu pasal.

Setiap aduan dan bantahan yang korang buat terhadap SPR mengenai persempadanan semula tu pasti akan diterima dengan hati yang terbuka oleh SPR…

SPR bukannya kejam sangat beb nak menidakkan bantahan dari parti politik yang menentang cadangan tersebut.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu sangat yakin yang SPR berpemikiran matang… SPR juga sudi untuk mendengar kritikan kerana mereka adalah sebuah badan yang bebas serta berkredibiliti malah sensitif dengan isu yang dibangkitkan.

Namun walau apa pun keputusan SPR… Mereka mempunyai hak dan sangat layak untuk berbuat demikian… Ini adalah kerana ia sudah termaktub dalam perundangan SPR untuk melakukan kajian persempadan semula.

Bagi orang-orang yang tak puas hati dengan cadangan SPR seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah… Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan beberapa pemimpin lagi, boleh la mula buat bantahan dekat SPR ye..

Itu lagi bagus dan seribu kali lebih baik dari melalak tak tentu pasal atau pun buat demonstrasi jalanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s