Pusat Judi baru di Pulau Pinang.. Guan Eng tutup mata..

Sebelum ini, Bukit Mertajam telah dihangatkan dengan banjiran pendatang warga asing…. Ekoran itu, banyak pihak mendakwa bahawa Guan Eng cuba menjadikan Bukit Mertajam sebagai pekan buat warga asing.

Siapa berani menafikan, sekiranya korang pergi pekan Bukit Mertajam…. Korang seolah-olah berada di negara orang, sedangkan Bukit Mertajam terletak di dalam Malaysia.

Apa boleh buat bila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu menjadikan Bukit Mertajam sebagai pekan warga asing…. Maka, rakyat tempatan terpaksa mencari tempat yang baharu untuk dikunjungi.

Ingatkan bila Bukit Mertajam menjadi perbualan hangat kerana dijadikan tempat warga asing…. Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk mengembalikan Bukit Mertajam seperti asal.

Tetapi, kerajaan negeri mengejutkan orang ramai apabila mahu menjadikan Bukit Mertajam seperti ‘Las Vegas’…. Kerajaan negeri mahu menjadikan Bukit Mertajam sebagai pusat judi haram!!!

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Menurut Steven Sim, berdasarkan laporan pemetaan premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian di Bukit Mertajam mendapati, terdapat 57 premis menjalankan perniagaan judi haram itu.

Steven Sim menjelaskan, beliau agak terkejut dengan jumlah yang dilaporkan, memandangkan kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen judi kepada pemilik premis untuk menjalankan aktiviti perniagaan tersebut.

“Lesen judi tidak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)… tapi ada 31 buah daripada premis-premis ini tidak mempunyai sebarang lesen.

Kebanyakan premis yang disyaki ini di kawasan orang ramai seperti di Jalan Rodzhan, kawasan bandar Bukit Mertajam, Jalan Berapit, Summit dan ada di antaranya terletak berhampiran sekolah dan masjid.

“Hampir semua premis-premis ini beroperasi 24 jam dengan ditampal cermin gelap atau pelekat kartun… mempunyai ‘pengawal’ di pintu masuk,” kata Steven Sims.

Steven Sims tak payahlah nak berpura-pura terkejut dengan jumlah yang dilaporkan tu… Semua ni kerja-kerja Guan Eng dan DAP untuk menjadikan Bukit Mertajam tu sebagai ‘Las Vegas’…. Steven Sim tak payah nak pura-pura tak tahu pula!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s