Mahathir tak sedar diri jadi kaldai DAP

Sekarang ni semua perkara sudah jelas… Tindakan DAP yang berbaik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bertujuan untuk mempergunakan bekas pemimpin UMNO itu semata-mata.

Bekas ahli DAP Hew Kuan Yau yang juga turut digelar sebagai Superman mendedahkan Presiden DAP, Lim Kit Siang selama ini mempergunakan Mahathir dengan alasan mahu ‘menyelamatkan negara’ sebenarnya dia nak menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kit Siang mempergunakan alasan nak selamatkan negara sebab tu dia bekerjasama dengan Mahathir… Padahal sebetulnya hanya untuk menjatuhkan perdana menteri dan merampas pentadbiran negara.

Kit Siang menggunakan pelbagai helah demi ‘mengubah nasib negara’ yang kononnya sudah bankrupt dan diambang kemusnahan… Helah Kit Siang termasuklah memperkudakan Mahathir.

“Kita akan selamatkan Mahathir, kemudian guna Mahathir sebagai alat menjatuhkan Najib, yang menjadi musuh rakyat,” katanya.

Kuan Yau menggunakan formula “qi ma sa ji”… Katanya ayat tersebut membawa maksud “tunggang kuda untuk bunuh ayam”… “Ma” merujuk kepada Mahathir manakala “Ji” merujuk kepada perdana menteri.

Superman DAP tersebut mendedahkan perkara tersebut melalui satu klip video yang berdurasi 43 saat… Selain menggelarkan Malaysia adalah seperti ‘negara ayam’…

Kuan Yau turut mengulangi beberapa kali bahawa Kit Siang sebenarnya memang memperalatkan Mahathir demi menjatuhkan Najib Razak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s