Guan Eng tindas penunggang basikal di P.Pinang

Sebelum menjalankan projek laluan berbasikal yang menelan belanja berjuta-juta Ringgit, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta pemimpin DAP sering mengatakan mereka mahu menggalakkan rakyat di negeri itu berbasikal.

Namun semua itu dilihat hanya satu sandiwara yang dipamerkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang apabila sebuah video yang tersebar di laman Facebook memaparkan kerajaan negeri menerusi pihak majlis tempatan menzalimi penunggang basikal di negeri itu.

Dalam video terbabit memaparkan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas dan mengangkut semua basikal yang diparking atau diletakkan di hadapan sebuah pasaraya terkenal di sekitar Pulau Pinang….

Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Guan Eng serta kepimpinan DAP sedang menindas penunggang-penunggang basikal di negeri itu!!

DAP sebelum ini bukan main lantang mengatakan mahu membawa satu budaya atau amalan berbasikal di negeri itu bagi mengurangkan kesesakan, sekaligus dapat menghidupkan kempen ‘Go Green’ yang diperkenalkan sejak mereka mengambil alih kerajaan negeri.

Kalau macam ni punya gaya… Basikal pun pihak MBPP mahu angkut sita bagai…. Macam mana amalan berbasikal di negeri itu dapat diwujudkan??

Apa gunanya laluan berbasikal yang bernilai jutaan ringgit?? Buat laluan sampai berjuta-juta, tapi laluan tu macam takda fungsi… Laluan tu ibarat seperti boneka hiasan yang terpampang di Pulau Pinang.

Sudahlah hasil laluan berbasikal yang dikatakan bernilai jutaan ringgit tidak setimpal…. Ini pula mahu menyekat mereka yang mengamalkan amalan berbasikal di negeri itu…. Sedih betul melihat rakyat Pulau Pinang… Semuanya serba tak kena.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s