Pembangkang buta politik kerjasama.. Takkan menang sampai kiamat..

Rundingan pintu belakang yang menjadi satu wabak politik kepada pembangkang, akan menjadikan pakatan diantara mereka lebih kucar kacir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton Saadian Borhan berkata, rundingan tersebut akan menjadikan pembangkang terus mencurigai antara satu sama lain yang akhirnya meranapkan mereka.

Justeru itu, amalan politik seperti ini juga tidak asing lagi dikalangan pembangkang ekoran masing-masing mempunyai agenda yang tersirat.

Desas-desus mengatakan PAS dan PKR baru-baru ini membuat satu rundingan secara rahsia, telah menimbulkan curiga di kalangan ahli parti sekutu PKR di dalam Pakatan Harapan.

Hal ini didakwa merupakan satu rundingan pintu belakang oleh PAS dan PKR menjelang PRU14. Mungkin hasil rundingan tersebut bakal menguntungkan PAS kerana mereka menggunakan PKR bagi menjaga kerusi milik mereka menjelang pilihan raya.

Oleh itu, PKR dilihat tidak jujur dengan parti sekutu dalam pembahagian kerusi kelak.

Dalam pada itu, drama tikam belakang juga adalah satu agenda yang wajib kepada pembangkang sekiranya ada pertindihan kerusi semasa pilihan raya.

Sebaliknya bagi BN, mereka akan menyelesaikan masalah seperti itu menerusi perbincangan bersama secara konsensus dan bukannya melakukan rundingan melalui pintu belakang seperti pembangkang.

“Sebab itu kalau kita lihat pakatan pembangkang ini tidak pernah kekal kerana mereka tidak jujur sesama mereka dan sentiasa ada drama tikam belakang terutama dalam berebut kerusi pilihan raya”, katanya

Selain itu, sikap pembangkang ini tidak mengejutkan kerana mereka memang licik dalam berpolitik bagi mendapatkan keuntungan.

Malangnya, cara berpolitik pembangkang itu tidak menunjukkan mereka bersatu dan mampu menyelesaikan masalah rakyat bersama-sama.

Oleh itu, ianya berbeza sama sekali dengan UMNO kerana permuafakatan yang wujud dapat menyatukan mereka dengan semua parti komponen dan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah secara bersama.

Formula ini juga telah digunakan UMNO/BN sejak sekian lama bagi menjamin masa depan rakyat dan negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s